DPM Teo Chee Hean at the 13th MHA Appreciation Lunch for Community Volunteers

DPM Teo Chee Hean | 30 September 2017

DPM Teo Chee Hean delivered this speech in Malay at the 13th MHA Appreciation Lunch for Community Volunteers on 30 September 2017. Please scroll down for the English translation.

 

DPM Teo Chee Hean at 13th MHA Appreciation Lunch for Community Volunteers on 30 Sep 2017

Meningkatkan Peranan Masyarakat bagi Menangani Ancaman Ekstremisme

Para tamu yang dihormati,
Tuan-tuan dan puan-puan,
Selamat tengah hari dan salam sejahtera.

Saya amat gembira dapat bersama-sama anda pada hari ini untuk mengiktiraf usaha baik dan sumbangan berharga anda kepada perjuangan kita yang berterusan dalam menentang keganasan.

Ancaman keganasan di Singapura kini berada pada tahap tertinggi sejak kami membongkar kewujudan kumpulan JI pada tahun 2001 (dua ribu satu). Sejak tahun 2015 (dua ribu lima belas), 11 (sebelas) warga Singapura telah ditahan dan enam lagi telah dikenakan Perintah Sekatan.1 Kami juga telah menghantar pulang warga asing yang bekerja di negara kita yang didapati terpengaruh dengan fahaman radikal.

Ancaman keganasan tidak akan lenyap dalam masa terdekat. Agensi-agensi keselamatan kita berusaha keras untuk mengesan, mencegah dan menangani potensi serangan-serangan pengganasan yang ada. Pada masa yang sama, sokongan masyarakat yang kuat amat penting untuk memastikan Singapura dan warga Singapura selamat.

Meningkatkan Usaha Masyarakat untuk Menentang Keganasan

Anda semua adalah rakan kongsi jangka panjang dalam menentang keganasan. Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua sekali lagi, dan menggariskan tiga bidang tumpuan usaha kerjasama kita.

Pertama, individu-individu yang menunjukkan tanda-tanda telah diradikalisasi boleh diselamatkan. Dengan melaporkan mereka kepada Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) dan agensi-agensi kami dengan lebih awal, anda akan dapat membantu menyelamatkan mereka daripada merosakkan diri mereka sendiri, dan juga orang lain, serta mengelakkan daripada membawa lebih banyak kesulitan kepada mereka yang tersayang.

Jika seseorang dikenal pasti lebih awal, dia boleh menerima kaunseling keagamaan dan psikologi yang diberikan RRG dan kaunselornya. RRG telah berjaya “menyelamatkan” beberapa individu ini. Kita boleh meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Pusat Sumber dan Kaunseling RRG untuk membantu individu yang berisiko. 

Kedua, anda boleh membantu masyarakat mengamalkan amalan inklusif dan norma-norma sosial yang membolehkan semua warga Singapura berinteraksi secara bebas, dan meluaskan ruang bersama kita.

Masyarakat Islam telah menyokong mewajibkan pelaksanaan Skim Pengiktirafan Asatizah untuk para pemimpin agama.

Asatizah kita berada dalam kedudukan yang baik untuk menyampaikan pengetahuan agama dari sumber-sumber yang boleh dipercayai yang diselaraskan dengan konteks masyarakat kita yang berbilang agama. MUIS juga melatih asatizah untuk menggunakan media sosial bagi melibatkan masyarakat. Kumpulan Facebook RRG mempunyai “pengikut” seramai 8,000 (lapan ribu) orang dan ini ialah permulaan yang baik. Saya menggalakkan anda semua untuk terus mencari cara baharu bagi meluaskan jangkauan hubungan kita untuk menentang idea-idea radikal.

Pemerintah akan bertindak tegas untuk menghentikan pendakwah agama, yang menggalakkan ajaran yang menyebabkan perselisihan antara para pengikut agama yang berlainan. Melalui usahasama ini, kita dapat membantu mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan semua masyarakat. Saya gembira masyarakat kita sedang bekerjasama dengan MUIS untuk menjadikan konsep Kolej Islam satu kenyataan.

Ketiga, masyarakat boleh menyokong individu dan keluarga yang berisiko untuk mengatasi cabaran-cabaran peribadi mereka.

Hal ini akan membantu mereka untuk berintegrasi dengan masyarakat, menjauhkan diri daripada dipengaruhi idea-idea radikal, dan membantu mereka menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. Membina Keharmonian Kaum dan Agama, Perpaduan Sosial dan Kepercayaan Masyarakat 12. Keharmonian kaum dan agama ialah satu kekuatan negara kita.

Kami telah memperkenalkan institusi, undang-undang dan peraturan yang penting untuk membantu mencegah konflik dan memelihara perpaduan masyarakat kita. Masyarakat Singapura daripada semua kaum dan agama kini tinggal bersama di estet-estet HDB, belajar bersama di sekolah-sekolah nasional, makan bersama di pusat-pusat makanan, menjalani Perkhidmatan Negara bersama-sama dan kita bekerjasama antara satu sama lain.

Kami telah memperkenalkan Kawasan undi Perwakilan Berkumpulan, ringkasnya GRC, untuk memastikan masyarakat minoriti kita akan sentiasa mempunyai perwakilan di Parlimen. Begitu juga, perubahan kepada Presiden Yang Dipilih untuk memastikan bahawa wakil kaum utama di Singapura boleh memegang jawatan tertinggi Presiden jika ini tidak berlaku selepas lima penggal berterusan, atau selama tiga puluh tahun. Presiden Halimah Yacob ialah Presiden pertama kita daripada masyarakat Melayu dalam tempoh 47 tahun. Marilah kita memberi sokongan penuh kepada beliau.

Kita menikmati keharmonian kerana kita mempunyai panduan dan pegangan yang membantu kita terus maju dalam usaha mencapai aspirasi untuk menjadi masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira kaum, bahasa atau agama. Hal ini memerlukan komitmen dan sokongan berterusan oleh semua masyarakat dan warga Singapura 

Saya masih ingat semasa menyanyikan lagu kebangsaan kita, Majulah Singapura sebagai pelajar muda di Perbarisan Hari Kebangsaan untuk menghormati Presiden pertama kita, Encik Yusof Ishak. Semasa majlis mengangkat sumpah bagi Presiden Halimah Yacob, saya rasakan amat bermakna menyanyikan Lagu Kebangsaan dengan beliau:

“Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura!” 

Apabila negara kita merdeka, semua masyarakat kita di Singapura memutuskan untuk hidup bersama dan membina masyarakat berbilang kaum. Dengan begitu banyak konflik perkauman dan agama yang berlaku, termasuk di rantau kita sendiri, ia memerlukan usaha dan langkah khusus untuk menjaga keamanan dan keharmonian Singapura. Marilah kita berikrar untuk mencapai semangat baharu dan terus memajukan Singapura dengan menyediakan peluang bagi semua warga kita tanpa mengira kaum, bahasa atau agama.

Penutup 

Sokongan dan sumbangan anda yang berterusan akan membantu memastikan Singapura dan warga Singapura selamat daripada bahaya. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mohamad bin Haji Rais, yang menerima Pingat Perkhidmatan Awam tahun ini kerana sumbangan beliau kepada RRG dan masyarakat.

Terima kasih dan saya doakan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda pada tahun yang akan datang.

. . . . . . . .

Translation of speech in English
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Enhancing the Role of the Community to Tackle the Threat of Extremism Distinguished

Guests,
Ladies and Gentlemen,
Good afternoon.

I am happy to be here today to recognise your good work and valuable contributions to our ongoing fight against terrorism.

The terrorism threat in Singapore is at its highest level since we dismantled the JI group in 2001. Since 2015, 11 Singaporeans have been detained and six were issued with Restriction Orders.2 We have also deported foreigners working here found to be radicalised.

The terrorism threat is not going away anytime soon. Our security agencies are working hard to detect, prevent and deal with potential attacks. At the same time, strong community support is essential to keep Singapore and Singaporeans safe.

Enhancing Community Efforts to Counter Terrorism

All of you have been long-time partners in our fight against terrorism. Allow me to thank all of you again, and to outline three areas of focus for us to work on.

First, individuals who show signs of being radicalised can be saved. Reporting them to the Religious Rehabilitation Group (RRG) and our agencies early can help to save them from harming themselves, and others, and bringing even more distress to their loved ones.

If a person is uncovered early, he or she can receive religious and psychological counselling by RRG and its counsellors. The RRG has managed to “save” several of these individuals. We can raise the awareness of the community about the RRG’s Resource and Counselling Centre to help individuals at risk.

Second, you can help the community adopt inclusive practices and social norms that allow all Singaporeans to interact freely, and enlarge our common space.

The Muslim community has supported making the Asatizah Recognition Scheme mandatory for religious leaders. Our asatizah are well-positioned to impart religious knowledge from credible sources that is contextualised to our multi-religious society. MUIS is also training asatizah to use social media to engage the community. The RRG Facebook community has 8000 ‘followers’ and this is a good start. I encourage all of you to continue to find new ways to reach out more widely to counter radical ideas.

The Government will act firmly to stop preachers of any religion, who promote teachings that cause friction between followers of different religions. Through our collective efforts, we can help maintain unity and harmony among all communities. I am also glad that the community is working with MUIS to turn the concept of an Islamic College into reality.

Third, the community can support individuals and families at risk to overcome their personal challenges.

This will help them to be well integrated with society, stay away from being influenced by radical ideas, and help them lead productive and meaningful lives.

Building Racial and Religious Harmony, Social Cohesion and Community Trust

Our racial and religious harmony is a strength.

We have introduced important institutions, laws and regulations to help prevent conflict and keep all communities together. Singaporeans of all races and faiths now live together in HDB estates, study together in national schools, eat together in food centres, serve National Service together and work together.

We introduced Group Representation Constituencies to assure our minority communities that they will always have representation in Parliament. Similarly, the changes to the Elected Presidency ensure that members of the major racial communities in Singapore can hold the highest office of President if this has not happened after five continuous terms, or thirty years. President Madam Halimah Yacob is our first President from the Malay community in 47 years. Let us give her our full support.

We enjoy harmony because we have these guide-ropes and guard-rails to help us progress on our journey towards our aspiration to be one united people regardless of race, language or religion. This requires the commitment and continued support of all communities and Singaporeans.

I still remember singing the Majulah Singapura as a young student at the National Day Parade to salute our first President, Encik Yusof Ishak. During the swearing in of President Halimah Yacob, it was deeply meaningful to sing the National Anthem with her:-

“Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura!”

When we became independent, all our communities in Singapore resolved to live together and build a multi-racial society. With so much racial and religious conflict even in our own region, it takes special efforts and measures to keep Singapore peaceful and harmonious. Let's pledge ourselves to a renewed spirit to take Singapore forward with opportunities for all regardless of race, language or religion.

Conclusion

Your continued support and contributions will help ensure that Singapore and Singaporeans are safe from harm. I would also like to congratulate Ustaz Mohamad bin Haji Rais, on receiving the Public Service Medal this year for his contributions to the RRG and the community.

Thank you and I wish you and your families all the best in the coming year.

. . . . . . . . 

[1] Kesemua 17 warga Singapura yang menjadi radikal secara sendiri telah ditangani di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

[2] These 17 self-radicalised Singaporeans have been dealt with under the Internal Security Act.