DPM Teo Chee Hean at the annual Religious Rehabilitation Group Iftar

DPM Teo Chee Hean at the annual Religious Rehabilitation Group Iftar

DPM Teo Chee Hean | 6 June 2018

Transcript of speech delivered by DPM Teo Chee Hean at the annual Religious Rehabilitation Group Iftar on 6 June 2018. 

 

“MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN MASYARAKAT”

Encik Masagos Zulkifli, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam,

Dr Yaacob Ibrahim dan Profesor Madya Fatimah Lateef, 

Ustaz Ali Haji Mohamed dan Ustaz Hasbi Hassan, Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Agama, Encik Shaikh Syed Isa Semait, Mantan Mufti

Tetamu kehormat, 

Tuan-tuan dan puan-puan,

Terima kasih kerana mengundang kami di majlis iftar pada petang ini. 

Bulan lalu Saya bertemu dengan Imam Besar Al-Azhar, Yang Mulia Dr Ahmed Al Tayyeb, semasa beliau melawat Singapura. 

Saya kagum dengan pendekatan terbuka beliau berkaitan interaksi antara agama.  Beliau berkata bahawa umat Islam harus hidup dan berkembang maju dalam sekitaran pelbagai agama. Beliau menceritakan pengalaman-pengalaman di Mesir dan juga teladan dari sejarah, bahawa interaksi antara umat Islam dengan masyarakat lain boleh berlaku secara praktikal.  Ini termasuk bersalaman, mengucap selamat kepada penganut agama lain semasa cuti sambutan perayaan keagamaan dan menghormati pakaian harian. 
Sebagai contoh, beliau sentiasa memastikan mengucapkan selamat kepada penganut agama Kristian semasa mereka menyambut perayaan Kristian. Saya dapati penjelasan beliau penuh pencerahan dan memberi manfaat kepada masyarakat berbilang agama seperti Singapura, di mana semua masyarakat boleh makan bersama-sama, melawat antara satu sama lain,  dan berkongsi kegembiraan dan kesedihan kita bersama-sama. Kita harus menolak pandangan yang mengehadkan interaksi kita dan memecahbelahkan kita sebagai masyarakat. 

Tahun ini, saya gembira kerana duta-duta belia bukan Islam terlibat dalam kempen MUIS “Sentuhan Ramadhan” untuk menyebarkan mesej mengukuhkan keluarga, sayangi masyarakat dan prihatin pada persekitaran kita. Ini menunjukkan bahawa penganut semua agama boleh bekerjasama untuk menyebarluaskan mesej umum yang positif yang membawa manfaat kepada semua. 

Namun, dirantau kita ini, ancaman keganasan dan radikalisasi masih kekal. Indonesia mengalami siri pengeboman beberapa minggu lalu. 

Di Singapura, kita terus mengesan individu yang radikal. MHA mengumumkan satu kes pada bulan lalu yang melibatkan seorang pemuda radikal berumur 27 tahun.

Kita perlu berwaspada pada setiap masa, dan meningkatkan daya ketahanan masyarakat kita. 

Marilah kita teruskan tugas penting yang dilakukan oleh Kumpulan Pemulihan Agama dan pelbagai kumpulan masyarakat untuk membantu menyelamatkan individu daripada membahayakan keluarga dan orang-orang yang tersayang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Antara Agama yang berusaha memperkukuhkan kepercayaan dan keharmonian antara agama di Singapura. 

Penutup

Semoga Ramadan ini dan musim Hari Raya yang akan datang memberikan lebih banyak peluang kepada kita untuk meluangkan masa bersama-sama dalam suasana damai dan harmoni. Terima kasih. 


English Translation

“ENHANCING COMMUNITY RESILIENCE”

Mr Masagos Zulkifli, Minister for the Environment and Water Resources and Minister-in-charge of Muslim Affairs,

Dr Yaacob Ibrahim and Associate Professor Fatimah Lateef, 

Ustaz Ali Haji Mohamed and Ustaz Hasbi Hassan, Co-chairmen of the Religious Rehabilitation Group,

Mr Shaikh Syed Isa Semait, Former Mufti

Distinguished guests, 

Ladies and gentlemen,

Thank you for inviting us to participate in the iftar this evening. 

Last month, I met the Grand Imam of Al-Azhar, His Eminence Dr Ahmed Al Tayyeb, when he visited Singapore. 

I was impressed by his open approach to inter-religious interactions.  He said that Muslims should live and thrive in a multi-religious environment. He drew from experiences in Egypt and also lessons from history, that the interaction between Muslims and other communities could take place in a practical way. This included shaking hands, greeting members of other religions on religious holidays and daily dressing.  For example, he always made it a point to greet Christians on Christian festivals. I found his explanations most enlightening and beneficial for a multi-religious society like Singapore, where all communities can have meals together, visit one another, and share our joys and sorrows together.  We should reject views that limit our interactions and divide us as communities. 

This year, I am heartened that non-Muslim youth ambassadors are involved in MUIS’s Touch of Ramadhan campaign to spread the messages of strengthening the family, caring for society and showing concern for our environment. This shows that people of all faiths can work together to promote common, positive messages that benefit everyone.  

But in our region, the threat of terrorism and radicalisation remains. Indonesia suffered a series of bombings a few weeks ago.  

In Singapore, we continue to detect radicalised individuals.   MHA announced a recent case last month of a radicalised 27-year old.   Indeed, we must remain vigilant at all times, and enhance our community resilience.   

Let us continue the important work that the Religious Rehabilitation Group and various community groups are doing to help save individuals from doing harm to their families and their loved ones.  I would also like to thank the Inter-Religious Organisation for strengthening inter-religious trust and harmony in Singapore.  

Conclusion

May this Ramadhan and the upcoming Hari Raya season provide more opportunities for us to come together in peace and harmony.   Thank you.