PM Lee Hsien Loong's National Day Rally Speech 2007 (Malay)

PM Lee Hsien Loong | 19 August 2007

 

Masa depan Singapurakini kian cerah.  Ekonomi kita bertenaga dan berdaya saing.  Masyarakat kita teguh dan bersatu padu.  Di tengah-tengah perkembangan positif ini, masyarakat Melayu/Islam telah menunjukkan prestasi yang baik, dan kini berada dalam kedudukan yang kuat untuk menangani cabaran-cabaran globalisasi. Penubuhan Mendaki 25 tahun yang lalu merupakan titik tolak yang utama.  Mendaki adalah badan bantu-diri pertama di Singapura. Menerusi Mendaki, dan badan Melayu/Islam lain, orang Melayu/Islam yang berjaya telah menyumbang tenaga untuk membantu anggota masyarakat yang lemah dan menumpukan usaha kepada pendidikan, terutama sekali Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
 
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, melalui Forum Pemimpin Masyarakat, badan Melayu/Islam telah memberi sokongan padu kepada Mendaki dan berganding bahu meningkatkan pencapaian masyarakat. Dengan semangat bantu diri yang kental ini, dan bantuan Pemerintah, andatelah mengatasi masalah-masalah yang sukar.  Seperti kata peribahasa, “Bulat air kerana pembetung; bulat kata kerana muafakat”.  Sama ada dalam bidang pendidikan, perumahan, kedudukan sosio-ekonomi, atau dalam memerangi salahguna dadah,anda telah mencatat kejayaan yang besar.  Tahun demi tahun, kemajuan mungkin kecil, tetapi perubahan sepanjang 25 tahun yang lalu amat ketara.
 
Hari ini, lebih ramai pelajar Melayu/Islam berjaya dalam pelajaran di politeknik dan universiti.  Nur Aniszah Sapari, umpamanya, telah memenangi biasiswa berprestij di Politeknik Ngee Ann.  Lebih ramai anak Melayu/Islam sedang mengejar peluang dan kerjaya di luar negeri, misalnya Ashley Isham, seorang pereka fesyen yang berjaya di London. Beliau telah memenangi Anugerah Jauhari Berita Harian,baru-baru ini. Setiap tahun, kita menyaksikan lebih banyak kisah kejayaan seperti ini.  Anda sekelian, dan semua rakyat Singapura, boleh berasa bangga dengan pencapaian ini.
 
Selain hasil konkrit yang telah dicapai, kejayaan paling penting ialah semangat masyarakat Melayu/Islam – yakin,bersatu dan berdikari. Anda telah bersaing atas dasar sama rata dengan kaum lain,dan boleh berjaya dalam sistem meritokrasi kita. Rakyat Singapura yang lain juga yakin akan kebolehan anda.  Anda sendiri pula berazam mengatasi cabaran-cabaran baru. Meskipun isu dan cabaran itu sensitif dan sukar,anda telah mengambil langkah proaktif untuk menanganinya secara terbuka dan objektif.
 
Satu daripada isu-isu ini ialah masalah keluarga pincang, dan persoalan yang berkaitan dengannya iaitu perkahwinan awal dan kehamilanremaja.  Masyarakat Melayu/Islam telah mulakan program untuk mengatasi masalah ini.  Tetapi bilangan remaja perempuan Melayu/Islam yang hamil masih terlalu besar.  Saya menggesa badan Melayu/Islam supaya bekerjasama dengan Mendaki dalam soal ini.  Ia adalah usaha jangka panjang, tetapi saya yakin masyarakat Melayu/Islam dapat mengatasinya dengan tegas, dan akhirnya berjaya.
 
Satu lagi isu ialah pengganasan ekstremis, yang menjejas semua rakyat Singapura.  Ia bukanlah satu ancaman baru, tetapi ia telah mengambil bentuk yang baru dan merbahaya.  Internet memudahkan golongan ekstremis menyebarkan idea beracun mereka.  Ada yang mungkinterpengaruh.  Segelintir pula secara senyap berubah menjadi radikal tanpa disedari keluarga dan kawan-kawan.  Ini berlaku bukan sahaja di Singapura tetapi juga di negara lain.   
 
Saya berbesar hati masyarakat Melayu/Islam sedar betapa seriusnya ancaman ini.  Para pemimpin anda telah menanganinya secara jujurdan terus terang.  MUIS telah menerajui usaha untuk menegakkan Islam sebagai agama yang progresif, toleran dan aman.  Kumpulan Pemulihan Agama atau RRG telah menjalankan tugas dengan cemerlang.  Barisan asatizah yang disegani telah tampil ke hadapan untuk memberi nasihat kepada tahanan dan menangkis ajaran radikal.  Mereka juga telah membantu warga Islam Singapura memahami Islam dalam konteks masyarakat kita yang sekular.
 
Masyarakat anda telah mengambil sikap yang jelas dan tegas.  Ini memberi isyarat kuat bahawa idea-idea radikal adalah salah, dan jika sesiapa terpengaruh, masyarakat akan mengutuk tindakan mereka.  Ia juga memberi kepastian kepada warga lain Singapura bahawa orang Melayu/Islam memainkan peranan untuk menjadikan negara kita selamat dan terjamin.
 
Isu ketiga ialah pendermaan organ.  Ini adalah satu isu sensitif bagi ramai warga Singapura, terutamanya orang Islam.  Oleh itu, apabila Pemerintah meluluskan Akta Pemindahan Organ Manusia atau HOTA,dua dekad lalu, orang Islam tidak disertakan dalam akta tersebut.
 
Sejak itu, masyarakat Melayu/Islam lebih faham tentang pendermaan organ dan semakin menerimanya.  Tetapi satu masalah yang telah lama menjadi rintangan besar ialah isu opt-out atau minta dikecualikan.  Kini Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan orang Islam menyertai skim opt-out.  Para pemimpin Melayu/Islam telah meminta supaya orang Islam disertakan dalam HOTA.  Mereka mahu orang Islam menikmati keutamaan yang sama dalam pemindahan organ.  Keprihatinan utama mereka adalah perasaan belas kasihan terhadap pesakit, dan perlunya menyelamatkan nyawa.
 
Saya gembira dengan perkembangan ini.  Sebagai menyahut permintaan masyarakat Melayu/Islam, Pemerintah akan meminda HOTA untuk menyertakan orang Islam dalam akta ini.  Dengan cara ini, lebih ramai pesakit yang memerlukan pemindahan organ akan dapat dibantu.  Ini adalah satu lagi contoh baik kerjasama antara masyarakat dan pemerintah.
 
Kepercayaan dan keyakinan antara Pemerintah dengan masyarakat Melayu/Islam, dan antara orang Islam dengan bukan Islam, adalah satu daripada aset utama negara kita.  Lebih-lebih lagi sekarang ini,apabila kita melihat orang Islam bersengketa dengan orang bukan Islam di banyak negara lain.  Di Eropah, dan bahkan di beberapa negara Asia,ini telah mengakibatkan pengasingan dan keganasan.  Di Singapura, kita telah melaksanakan dasar-dasar integrasi secara menyeluruh.  Ini dilakukan di kejiranan HDB, di sekolah, dan di peringkat nasional.  Hasilnya, orang Islam telah menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. 
 
Tetapi, masih ada isu sensitif lain yang masyarakat Melayu/Islam perlu renungkan dan atasi dari masa ke semasa.  Saya harap MUIS dan badan Melayu/Islam akan terus mendidik masyarakat mengenai isu-isu inidan meningkatkan kerjasama dengan Pemerintah dan masyarakat lain. Dengan demikian kita akan menguatkan lagi jalinan kita sebagai sebuah masyarakat berbilang bangsa.

Di samping itu, orang Melayu/Islam seperti rakyat Singapura yang lain juga perlu fikirkan keperihatinan nasional.  Ini termasuk perkembangan antarabangsa yang menjejas Singapura seperti pergolakan pasaran kewangan yang kita hadapi sekarang ini.  Kita juga harus fikirkan keutamaan negara seperti menghadapi isu penduduk yang semakin tua, merapatkan jurang pendapatan, meningkatkan nilai rumah warga kita, dan menggalakkan lebih ramai pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu di sekolah. Saya akan perkatakan hal-hal ini dalam ucapan bahasa Inggeris nanti.  Hakikatnya, biar apa pun isunya, kita semua adalah sepihak, bekerja sebagai satu pasukan, dan berusaha gigih untuk mencapai hasil yang terbaik untuk Singapura.

Usaha kita untuk membina masyarakat Melayu/Islam yang progresif dan bersepadu sebenarnya, telah mendapat perhatian.  Apabila para pemimpin luar negara bertemu saya, mereka sering bertanya tentang pendekatan kita.  Mereka beritahu sayabahawa  mereka kagum dengan Singapura. 

Saudara-saudara sekelian, kita telah mencapai sesuatu yang unik dan sangat berharga iaitu keharmonian kaum dan agama dalam dunia yang bergolak.  Kita mesti menghargainya dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkannya.  Pemerintah akan beri sokongan padukepada usaha anda.  Marilah kita bina sebuah Masyarakat Cemerlang dalam bandar raya kita yang penuh dengan kemungkinan.  Terima kasih.

 
ENGLISH TEXT OF NATIONAL DAY RALLY SPEECH 2007 IN MALAY
 
Singapore’s prospects have never been better.  Our economy is vibrant and competitive.  Our society is strong and cohesive.  Malay/Muslims are doing well in this environment, and are in a strong position to tackle the challenges of globalisation.  The formation of Mendaki 25 years ago was a major turning point.  Mendaki was the first self-help group in Singa-pore.  Through Mendaki and other Malay/Muslim organisations, successful Malays pitched in to help the weaker members, and focussed the community’s efforts on education, especially English, Mathe¬matics and Science. 

In the last few years, through the Community Leaders’ Forum, Malay/Muslim organisations have rallied around to support Mendaki and work together to uplift the community.  With the deep spirit of self-help, and the encouragement and support of the Govern¬ment, you tackled difficult problems and gradually overcame them.  As the Malay proverb says, “Water is shaped flowing through the bamboo; agreements are shaped by consensus”.   Whether in education, housing, socio-economic status, or in the fight against drug abuse, you have scored major successes. Improvements from year to year have been gradual, but the transformation over 25 years has been significant. 

Today more Malay/Muslims students are doing well in the polytechnics and universities, like Ms Nur Aniszah Sapari, who has won a prestigious scholarship at Ngee Ann Polytechnic.  More young Malay/Muslims are pursuing opportunities and careers abroad, like Ashley Isham a successful fashion designer in London who recently won the Berita Harian Jauhari Award.  Each year, we see more success stories like these.  All of you, and all Singaporeans, can be proud of this.

Beyond the concrete results attained, the most important achievement is the spirit of the community – confident, united and self-reliant.  You have competed as equals with others, and can succeed in our system of meritocracy.  All other Singa¬poreans know this too.  You have become more self-assured in tackling new issues and challenges.  Even when they are sensitive and difficult, you identify them proactively and tackle them openly and objectively.

One such issue is dysfunctional families, and the related problems of early marriage and teenage pregnancy.  The community has started programmes to address this.  But the number of teenage pregnancies among Malay girls is still far too high.  I urge Malay/Muslim organisations to work with Mendaki on this problem. This will be a long-term effort, but I am confident that the community will tackle it resolutely, and will eventually prevail.

Another issue is extremist terrorism, which affects all Singaporeans. This is not a new threat, but it has taken on a new and dangerous form. The internet makes it easy for extremists to propagate their poisonous ideas.  Some will be drawn to them.  A few may become self-radicalised, unknown to their family and friends.  This has happened not only in Singa-pore, but in other countries too.

I am glad that the community recognises the seriousness of the threat.  Your leaders have stepped forward to deal with it directly and honestly.  MUIS is taking the lead to uphold Islam as a progressive, tolerant and peaceful religion.  The Religious Rehabilitation Group (RRG) is doing an outstanding job.  Respected ustazs have come forward to counsel detainees and counter radical teachings, and help Singa¬pore Muslims understand Islam in the context of our secular society. 

Critically, the community has adopted a clear and uncompromising attitude.  This sends a strong signal that these radical ideas are wrong, and that if anyone succumbs to them, the community will condemn their actions.  It also assures other Singaporeans that Malay/Muslim Singaporeans are playing their part to keep Singapore safe and secure.

A third issue is organ donation.  This is a sensitive issue for many Singa¬poreans, but especially for Muslims.  Thus when the Govern¬ment passed the Human Organ Transplant Act (HOTA) two decades ago, Muslims were not included in the Act.

Since then, the community’s understanding and acceptance of organ donation has gradually grown.  But for a long time, one major remaining hurdle was the issue of opting-out.  Now the Fatwa Committee has ruled that Muslims may participate in opt-out schemes.  Malay/Muslim leaders have asked for Muslims to be brought into the HOTA.  They want Muslim patients to enjoy equal priority for organ transplants.  But their main concern is compassion for the patients, and the vital need to save lives.

I am happy at this development.  In response to requests from the Malay/Muslim community, the Govern¬ment will amend the HOTA to include Muslims.  In this way, more patients who need organ transplant will be helped. This is another good example of cooperation between the Malay/Muslim community and the Government.

The trust and confidence between the Government and Malay community, and between Muslims and non-Muslims, is one of our nation’s key assets.  This is especially so now, when in many other societies relations between Muslims and non-Muslims are troubled.  In European and even Asian countries, this has resulted in alienation and violence.  In Singa¬pore, because of our comprehensive policies of integration – in HDB neighbourhoods, in schools, and in our national life – Muslims have become part of the wider community. 

But from time to time, there will be yet other sensitive issues that our Malay/Muslim community will need to ponder on and solve.  I hope MUIS and the Malay/Muslim organisations will continue to educate the community on these issues, and increase its cooperation with the Government and other communities.  This will strengthen our compact as a multi-racial nation.   

Malay/Muslims also share the national concerns of other Singa-poreans.  These include international developments which affect Singapore like the current turmoil in the financial markets.  We also have to think about our domestic priorities, such as an ageing population, bridging the income divide, enhancing the value of our homes and encouraging more non-Malay Singa¬poreans to learn Malay in schools.  I will address these in my English speech later.  Whatever the issues, we are on the same side, working as one team, and striving for the best result for Singa¬pore.     

Our efforts to build a progressive and well-integrated Malay/Muslim community have been noticed.  When foreign leaders meet me, they often ask me about our approach.  They tell me how much they marvel at Singa-pore.  We have achieved something unique and precious – racial and religious harmony amidst a troubled world.  We must treasure it and do our best to keep it this way.  The Government will give full support to your efforts.  Let us build a Community of Excellence in our City of Possibilities.