National Day Rally 2016 Speech (Malay)

National Day Rally 2016 Speech (Malay)

 

PM Lee Hsien Loong delivered his National Day Rally speech on 21 August 2016 at the Institute of Technical Education College Central. He spoke in Malay and Chinese, followed by English.
Here is the transcript of the Malay speech in full.

- - - - - - - - - - - - -

Saudara saudari sekalian, Selamat Hari Kebangsaan! Ini adalah Rapat Umum Hari Kebangsaan yang pertama selepas SG50. Kita kini memasuki satu tahap baru dalam perjalanan kita. Kita perlu fikirkan bagaimana untuk menjamin masa depan kita. Dalam rapat umum sebelum ini, saya sering menyentuh tentang Geylang Serai. Tahun ini saya sempat ke sana, bukan sekali tetapi dua kali! Pertama, ketika majlis menyalakan lampu Hari Raya. Hiasannya lebih gah tahun ini. Sayangnya, saya tidak sempat menikmati sepenuhnya suasana Bazar Geylang Serai. Saya rasa tak puas. Ini tak boleh jadi. Jadi pada malam Raya, saya dan Ho Ching pergi lagi ke sana. Seronok sekali. Tidak ada protocol. Inilah gambar gambar yang saya ambil. Kami beramah-mesra dengan ramai pengunjung yang sedang menikmati beraneka juadah. Suasananya cukup meriah. Rakyat Singapura dari pelbagai bangsa ada di sana. Mereka tersenyum dan kelihatan riang. Jelas mereka selesa, berasa selamat dan yakin bersama satu sama lain. Inilah yang kita hargai dan inilah yang akan saya sentuh malam ini – tentang kemakmuran, perpaduan dan identiti kita.

Saudara saudari, untuk berjaya dalam ekonomi baru, kita perlu menguasai teknologi. Teknologi merubah industri. Kini peniaga kuih Raya kecil-kecilan pun, pandai berniaga secara ‘online’. Teknologi juga menggantikan pekerjaan. Kilang-kilang kini kurangkan pekerja dan gunakan robot. Tetapi teknologi juga mencipta peluang-peluang baru. Kita perlukan jurutera dan pencipta program, saintis dan pereka permainan seperti Pokemon Go! Malah pekerja biasapun mesti tahu gunakan mesin berkomputer. Jadi penting sekali untuk masyarakat Melayu Singapura terlibat sepenuhnya dalam ekonomi baru. Ramai anak muda Melayu sudahpun turut serta misalnya Muhammad Ariff Awari. Selepas lulus kursus Kejuruteraan Elektrik di ITE, beliau meneruskan pengajian di Politeknik Nanyang. Beliau bertanding dalam WorldSkills Singapore, bulan lalu. Ariff dan pasukannya mencipta sebuah robot yang boleh sajikan makanan dan kemudian membawa pinggan mangkuk ke dapur. Robot itu memenangi pingat perak.

Seorang lagi ialah Abdul Halim Ali Akbar, lulusan Madrasah Irsyad Zuhri dan Politeknik Singapura. Baru-baru ini, Halim mendapat Sarjana bidang Aeronautik dari Imperial College London. Beliau akan mulakan PhDnya tidak lama lagi. Sementara itu, beliau bekerja di A*Star dan salah satu projeknya ialah membina drone yang menerima arahan penerbangan melalui kod QR. Ini dia Halim sedang berbaring di lantai bersama drone-nya. Inilah komitmen Pemerintah. Kami sediakan permulaan yang baik bagi setiap anak agar lebih ramai boleh berjaya seperti Ariff dan Halim.

Ekonomi baru bukan sahaja untuk sektor teknologi. Pekerja di sektor bukan teknologi juga ada banyak peluang untuk tingkatkan kemahiran melalui SkillsFuture. Satu contoh ialah Noraishikin Ismail. Noraishikin lulusan NITEC Tinggi ITE dalam bidang perakaunan. Pada mulanya, beliau bekerja sebagai koordinator program di SACA, iaitu Persatuan Jagaan Lanjut Singapura. Lama kelamaan, beliau tertarik dengan kerja sosial dan mengambil Diploma serta Diploma Lanjutan dalam Khidmat Sosial. Hasilnya, Noraishikin dinaikkan pangkat menjadi Pengurus di SACA. Namun beliau tidak berhenti di situ. Tahun lalu, Noraishikin menang Anugerah Pengajian SkillsFuture dan kini beliau sedang memburu ijazah Sarjana Muda dalam Kerja Sosial pula. Syabas Noraishikin! Seperti Noraishikin, saya harap lebih ramai pekerja Melayu akan merebut peluang untuk perbaiki taraf hidup anda.

Sejak tahun lalu, MENDAKI membentuk Unit “Future Ready” untuk siapkan masyarakat Melayu/Islam bagi Ekonomi Baru. Antara lain, ia menganjurkan siri dialog “Future Ready Conversations” dan lebih 400 pelajar, karyawan muda dan ibu bapa hadir bincangkan cabaran dan peluang dalam Ekonomi Baru termasuk yang dibawa bersama teknologi. Bagi golongan pekerja pula, Mendaki SENSE, iaitu cabang latihan dan pendidikan berterusan MENDAKI, menganjurkan siri pameran pekerjaan “Making SENSE of SkillsFuture” dan dialog “Sembang Petang” untuk membantu pekerja memanfaatkan SkillsFuture. Saya harap masyarakat Melayu akan bekerjasama dengan MENDAKI dan terlibat sepenuhnya dalam Ekonomi Baru. Mungkin AMP dan badan Melayu/Islam lain juga boleh terlibat sama dalam gerakan ini. Jika lebih ramai orang Melayu/Islam menyertai dan berjaya dalam Ekonomi Baru, perpaduan antara kaum akan lebih teguh dan kita akan lebih bersedia untuk sama-sama melindungi satu sama lain daripada pelbagai ancaman.

Para hadirin, kini, antara ancaman besar yang perlu kita hadapi ialah pengganasan. Kita semua tahu bahawa ancaman pengganasan kepada Singapura semakin meruncing dan berbahaya. ISIS di Timur Tengah ada pengikutnya di rantau ini. Malaysia telah memberkas lebih 200 anggota pengganas yang ada kaitan dengan ISIS. Baru-baru ini, Indonesia pula menangkap beberapa orang di Batam yang merancang untuk menyerang Singapura dari Batam. Di Singapura, kita juga memberkas beberapa individu yang telah menjadi radikal.

Di Singapura, sebenarnya kita beruntung kerana semua kaum dan kumpulan agama, sebulat suara menyokong usaha untuk membanteras pengganasan. Mereka bekerjasama untuk memperkukuh keyakinan antara agama. Pemimpin Melayu/Islam secara terang-terangan menolak keras fahaman pelampau. RRG giat membetulkan tafsiran yang salah tentang Islam dan menyangkal ideologi pelampau dan pengganasan. Saya mengalu-alukan seruan Mufti kita, Dr Mohamed Fatris Bakaram supaya kita berganding bahu dan lantang mengutuk serta menolak semua bentuk keganasan. Ini panduan berguna untuk masyarakat.

Masyarakat Islam dan bukan Islam bekerjasama untuk memperteguh perpaduan dan kefahaman silang agama. Negara kita adalah sebuah negara berbilang agama. Penganut semua agama bersikap prakmatik dan bertolak-ansur agar kepentingan umum terjaga. Kita berbincang antara satu sama lain untuk meluaskan ruang bersama dan kukuhkan identiti yang kita kongsi. Kita tidak asingkan diri daripada masyarakat lain. Kita hormati agama lain. Kita bertukar-tukar ucap selamat bagi perayaan satu sama lain dan meraikannya bersama-sama. Ini pengalaman peribadi saya. Misalnya, ketika Tahun Baru Cina, masyarakat lain menyambutnya bersama-sama saya. Pada pesta Pongal yang lalu, saya sertai sambutan masyarakat India di Cheng San. Sewaktu jalan-jalan di pantai East Coast Krismas lalu, saya terserampak beberapa keluarga yang sedang menyambutnya. Sayapun sertai mereka! Semasa bulan Ramadan, saya hadiri beberapa majlis iftar termasuk di Masjid Al Islah di Punggol ini. Masyarakat Islam dan bukan Islam duduk bersebelahan. Mereka menunggu azan untuk berbuka dan menikmati hidangan yang disajikan. Saya yakin anda juga ada pengalaman yang sama. Ini hanya berlaku di Singapura!

Namun keadaannya sungguh berbeza di tempat lain. Ada kalanya, agama yang sama, diamalkan dengan cara yang berlainan. Beberapa pendakwah asing yang datang ke sini, tidak faham konteks berbilang bahasa dan bangsa Singapura. Mereka menyeru supaya para penganut agama dan bukan penganut, dipisahkan. Mereka mengutuk orang beragama lain, dan adakalanya mengutuk seagama mereka sendiri, hanya kerana mereka berlainan aliran atau mazhab. Mereka menganjurkan amalan dan adat yang boleh membawa padah kepada Singapura.

Sebilangan pemimpin Islam telah menyuarakan kebimbangan mereka. Kami memantau perkembangan ini. Pendakwah asing pernah dilarang masuk ke Singapura. Ada pendakwah beragama Islam, ada beragama lain. Yang jelas, pemerintah harus tegas dan konsisten terhadap semua agama demi mempertahankan keharmonian agama kita. Asatizah kita perlu memahami konteks bagaimana Islam diamalkan di Singapura. Bagi mereka yang belajar di luar negara, program SRP di RSIS bersama Akademi MUIS, menganjurkan kursus Sijil Pemikiran Islam dalam Konteks: Kehidupan Masyarakat Majmuk. Keperluan memahami isu-isu semasa dan konteks juga diterapkan dalam program pembangunan profesional Asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah atau ARS. Saya difahamkan ramai Asatizah kita mendapati pendedahan ini perlu dan berguna. Ini harus kita perkukuhkan. Oleh itu, saya gembira Menteri Yaacob Ibrahim mengumumkan rancangan untuk menguatkan ARS dengan meluaskannya kepada semua asatizah. Saya juga alu-alukan seruan pemimpin Melayu/Islam supaya ARS diwajibkan agar semua asatizah berdaftar di bawah skim ini. Sekarang, ARS atas dasar sukarela. MUIS akan bekerjasama dengan PERGAS dan Lembaga Pengiktirafan Asatizah untuk menjadikannya wajib.

Saya menyambut baik usaha dan azam masyarakat Melayu/Islam kita. Ini akan memberi jaminan bahawa semua guru agama di sini dapat membimbing para pelajar mereka untuk mengamalkan Islam sejajar dengan konteks berbilang kaum Singapura.

Saudara saudari sekalian, satu lagi aspek untuk kita bina masyarakat yang bersatu-padu dengan jatidiri yang teguh ialah dengan rakyat merasa yakin dan percaya terhadap sistem pentadbiran negara, termasuk peranan Presiden yang mewakili Negara. Sekarang ini kita sedang menyemak-semula sistem Presiden Dipilih. Mengapakah kita perlu perbaiki sistem Presiden Dipilih ini? Singapura menjadi sebuah negara merdeka kerana kita mempunyai satu impian. Impian supaya setiap orang memiliki peluang yang sama tidak kira bangsa, bahasa atau agama dan masyarakat minoriti ada ruang untuk mengamalkan budaya dan cara hidup mereka, serta tidak dipinggirkan atau ditindas oleh masyarakat majoriti Cina Singapura. Dalam membina sebuah masyarakat berbilang kaum, kita faham masyarakat minoriti perlu merasakan bahawa mereka diwakili secukupnya dalam sistem politik dan kepentingan mereka dijaga dengan baik. Sebab itulah, kita membentuk GRC untuk memastikan bahawa sentiasa ada Anggota Parlimen daripada kaum minoriti yang terpilih ke Parlimen. Kini kita sedang memberi perhatian kepada isu yang sama untuk Presiden Dipilih.

Dahulu, semasa Presiden dilantik oleh Parlimen, kita boleh pastikan bahawa semua kaum di Singapura menjadi Presiden dari masa ke masa. Sebab itu, mantan Presiden kita termasuklah Encik Yusof Ishak, Profesor Benjamin Sheares, Encik Devan Nair dan Encik Wee Kim Wee. Tetapi sekarang, oleh kerana Presiden dipilih menerusi pilihan raya, lebih sukar untuk calon bukan Cina terpilih sebagai Presiden. Jika calon bukan Cina boleh dipilih dengan sendirinya, seperti Presiden S R Nathan, ia memang baik sekali. Tetapi jika proses ini tidak menghasilkan Presiden dari kaum minoriti dalam jangka masa panjang, ia akan menimbulkan perasaan kecewa dan resah di kalangan masyarakat minoriti dan sewajarnya mereka berasa begitu. Ia boleh dipolitik dan diperalatkan untuk mengapi-apikan masyarakat minoriti dan memecah-belahkan perpaduan kita pada masa depan. Kita harus membuat perubahan sekarang dan mengambil tindakan ketika suasana aman dan rakyat bersatu.

Jadi, kita mesti pastikan bahawa dari masa ke masa, Singapura mempunyai seorang Presiden Melayu, seorang Presiden India ataupun dari kaum minoriti lain. Saya percaya isu ini penting bukan sahaja kepada masyarakat minoriti tetapi juga Singapura. Bagaimanapun, kriteria kelayakan yang ketat akan dikekalkan. Dengan ini, kita yakin bahawa sesiapa sahaja yang dipilih menjadi Presiden layak dan memenuhi piawaian tinggi yang sama.

Jawatan Presiden merupakan simbol negara kita. Setiap rakyat Singapura mesti berasa bahawa seseorang dari kaumnya boleh menjadi Presiden malah terpilih menjadi Presiden dari masa ke masa. Dengan keyakinan dan sokongan itu, Presiden boleh memainkan peranannya menyatu padukan rakyat Singapura. Inilah yang dilakukan Encik Yusof Ishak. Sebagai Presiden, beliau mewakili semua rakyat Singapura. Masjid baru di Woodlands yang dinamakan sempena nama beliau, Masjid Yusof Ishak, hampir siap dibina. Saya tidak sabar untuk merasmikannya pada suku pertama tahun depan! Saya gembira diberitahu bahawa kegiatan masjid akan menerapkan nilai-nilai murni yang beliau perjuangkan iaitu meritokrasi, kepelbagaian kaum dan budaya dan pemodenan.

Pada tahun 1968, dalam ucapan tahun barunya, Encik Yusof Ishak menekankan asas-asas yang membina masyarakat kita. Dengarlah, ini kata-kata beliau: (Recording of Encik Yusof Ishak) “Oleh yang demikian, kita di Singapura tidak harus salah anggap bahawa berbagai bahasa, ugama, budaya dan keturunan kaum itu sebagai satu batu penghalang terhadap kemajuan dan kemakmuran. Sebaliknya pula, kalau kita menghadapi segala perbezaan ini dengan rasa muhibah, sikap sabar dan ingin mempelajari, maka segala aneka perbezaan yang kaya ini akhirnya kelak akan jadi matlamat kita yang terjamin. Antara lain-lain, sikap sabar inilah yang menjadikan Singapura sebuah kota raya yang dinamik dan maju hari ini.”

Hari ini, kita berjaya kerana kita ikut nasihat Encik Yusof Ishak. Inilah yang telah saya bincangkan malam ini – bagaimana kita mesti meneruskan visi ini dan meraikan kerencaman kita dengan lebih bersemangat lagi. Hakikatnya, kita hidup bersatu padu walaupun kita tidak serupa. Bak kata pepatah: Kuat lilit kerana simpulnya. Oleh itu, kita perlu terus bekerja keras, bertolak ansur dengan penuh muhibah supaya kita lebih bersatu hati. Kita juga mesti pastikan bahawa semua warga diwakili secara adil di Singapura.

Saudara saudari sekalian, inilah tunggak negara kita. Inilah yang membolehkan kaum minoriti dan kaum majoriti kita hidup dengan harmoni, maju dan makmur selama ini. Inilah sebabnya hari ini, kita boleh nyanyikan Majulah Singapura bersama-sama, “sebagai rakyat yang bersatu padu, tidak kira bangsa, bahasa, atau ugama”. Terima kasih.
 

-------------------------------------------------------------------------------------

English Translation of Malay Speech
 

My fellow Singaporeans, Happy National Day!

It’s the first Rally after SG50. Our next phase and it is time to think about how to secure our future.

In previous NDRs, I often start by talking about Geylang Serai. This year I had a chance to go down, not once but twice! First, for the light-up. It is more spectacular this year! I did not manage to enjoy the Bazaar, so I went back to the Bazaar on Hari Raya eve! I enjoyed myself and these are the pictures that I took. I mingled with many Singaporeans of all races. They were enjoying the delicious food and the festive atmosphere. All feeling safe, confident with each other, smiling.

These are things that we value. They are related to the themes of the speech tonight: our prosperity, our cohesion, our identity.

Our prosperity

To do well in the new economy, we need to master technology. Technology is changing industries. Even small businesses selling Hari Raya kueh are now operating online. Technology is replacing jobs. Factories are employing fewer workers and more robots, but technology is also creating new opportunities. We need more engineers and programmers, scientists and game designers (e.g. people behind Pokemon GO!). General workers too need to be able to operate computerised machines.

it is important for Malay Singaporeans to participate fully in the new economy. Many young Malays are doing so, like Muhammad Ariff Awari. He studied Electrical Engineering at ITE, and then Nanyang Polytechnic. He participated in WorldSkills Singapore 2016 and built a mobile robot. His mobile robot serves food to customers and collects trays. His robot won the silver medal.

Abdul Halim Ali Akbar is a graduate of Madrasah Irsyad Zuhri and Singapore Polytechnic. He received a Masters in Aeronautical Engineering from Imperial College, London and will do his PhD soon, but in the meantime is a research intern at A*Star. One of his projects is building drones which can receive navigational instructions from QR code. This is Halim lying on the floor with his drone. We are committed to give every child a good start so as to produce more Ariffs and Halims.

Of course there are many workers in the non-tech parts of the economy too. But there are also opportunities for workers to upgrade with SkillsFuture. For example, Noraishikin Ismail, who graduated from ITE with Higher Nitec in Accounting. She started as programme coordinator at the Singapore After-Care Association (SACA). She moved to do social work and took up a Higher Diploma in Social Service. She was promoted to Manager at SACA. She won a SkillsFuture Study Award and is now pursuing a Bachelor of Social Work. Congratulations, Noraishikin! I hope that more Malay workers will seize the opportunities to upgrade and improve their lives as did Noraishikin.

MENDAKI's Future Ready Unit has been actively preparing the Malay/Muslim community to fully participate in the New Economy. MENDAKI’s "Future Ready Conversation Series" engaged more than 400 people on the challenges and opportunities in the new economy, including those brought about by technology.

For young professionals and workers, Mendaki SENSE, the training and continuing education arm of MENDAKI, organises "Making SENSE of SkillsFuture" career fairs and "Sembang Petang" dialogues to explain  opportunities offered by SkillsFuture. I hope the community will work with MENDAKI and fully participate in the new economy. Other Malay/Muslim organisations like AMP should get involved too!

The more Malays participate and succeed in the New Economy, the stronger our multi-racial cohesion will be, and the better we will be able to overcome our challenges.

Terrorism

Among the key challenges we face today is the threat of terrorism. It has become more dangerous. ISIS in the Middle East has followers in our region. Malaysia has arrested more than 200 people linked to ISIS. Recently, Indonesia arrested several people in Batam who wanted to attack Singapore from Batam. In Singapore too, we have arrested individuals who have been radicalised.

We are blessed in Singapore to have the full support of all communities and religious groups in tackling the threat. We work together to foster a greater confidence among the different races. Malay/Muslim leaders counter extremist views strongly and openly. The Religious Rehabilitation Group (RRG) has been active – correcting misinterpretation of Islamic concepts and refuting extremist and terrorist ideologies. I welcome the Mufti's recent call for all of us to speak up and stand together – a united front to reject violence in all its forms. The Mufti's call sets the tone for the rest of the community.

Muslims also work together with non-Muslims to strengthen understanding between different religious groups. Ours is a multi-religious society. People of all religions make practical compromises to accommodate one another. We engage with each other, expand our common space and strengthen our shared identity. We do not segregate ourselves from other communities. We respect other faiths. We celebrate festivals with one another.

This is my personal experience too. I celebrate Chinese New Year with many non-Chinese friends. During the last Pongal, I celebrated it together with the Indian community at Cheng San. As I was strolling along East Coast Park on Christmas Eve last year, I came across a few families having a Christmas party. So I joined in! Last Ramadan I joined several iftars, including at Al Islah Mosque in Punggol. Muslims and non-Muslims sat side-by-side, waiting for the azan to break fast, and share the meal. I am sure you too have had the same experience! Only in Singapore!

But things are different elsewhere. The same religion is practised in different ways in different societies. Some foreign preachers who visit Singapore do not understand our multi-racial context. They preach separation between believers and non-believers. They condemn those who practise other faiths, and sometimes even those who practise the same faith, but in different ways. They advocate practices and customs that would cause grave harm in Singapore.

Some of our Muslim leaders have expressed their concerns to us. We have been paying attention to this. From time to time we have prevented such preachers from entering Singapore. Not only Muslim preachers, we have also stopped preachers from other faiths. The Government has to be consistently firm no matter what the religion, in order to safeguard our religious harmony.

That is why it is critical for our Muslim religious teachers (asatizah) to understand our multiracial context. For Asatizah who studied abroad, the SRP programme at RSIS together with MUIS Academy, offer the certificate course, Islamic Thought in Context: Living in Plural Societies. An understanding of contemporary issues and context is also incorporated in professional development programmes offered to Asatizah by the Asatizah Recognition Scheme (ARS). I understand that many Asatizah find this exposure useful and important. We must strengthen the scheme. So I am glad that Minister Yaacob Ibrahim has announced plans to extend the existing ARS to include all Asatizah. Right now it is voluntary. MUIS will make it compulsory. This will enable all Muslim religious teachers here to guide their students to practise Islam in the context of Singapore's multiracial society.

One aspect of being a cohesive society and having a sense of identity, is to have confidence and faith that the political system is inclusive – especially the President who symbolises the state.

Elected President

Currently, we are reviewing the Elected Presidency. Why should we improve the system?

Singapore became an independent country because we had an ideal. That everyone would have equal opportunities, regardless of race, language or religion. That minority communities would have the space to practise their cultures and ways of life, and not be marginalised or oppressed by the majority Chinese community.

To build a multiracial society, we knew that the minorities had to feel that they are well-represented in the political system, and that their interests are looked after. That is why we created GRCs, to ensure that there will always be MPs from minority races in Parliament. Now we are looking into the same issue for the elected President.

Previously, when the President was elected by Parliament, we could ensure that all groups of Singaporeans could become President from time to time. So we had Encik Yusof Ishak, Prof Benjamin Sheares, Mr Devan Nair, and Mr Wee Kim Wee.

But now that the President is elected in a national election, it is harder for a non-Chinese to get elected as President. If it happens naturally, like it did with President S R Nathan, that is good. But if it does not happen for a long time, minorities will become disappointed, and rightly so. The issue can be politicised and manipulated to provoke ill-feelings in minority communities and divide us in the future. We must make the changes now and take action while it is peaceful and the society is united.

We must make sure that from time to time Singapore has a Malay President, an Indian President, or one from another minority race. I believe this assurance is important not just to minority communities, but also to Singapore. We will maintain the same stringent qualifying criteria no matter the race of the candidate for President. Therefore even with this arrangement, we have no doubt that every President who is elected would meet the same high standards. 

The President is the symbol of our nation. Every Singaporean must feel that someone of his race can become the President, and in fact does become President, from time to time. With that assurance, the President can play his role to unite Singaporeans.

That was what Encik Yusof Ishak stood for. As President, he represented all Singaporeans. The mosque in Woodlands named after him is almost ready. I can't wait for it to open in the first quarter of next year. Happy to know that the programmes the mosque will be running will reflect the enduring values that Encik Yusof stood for: meritocracy, multiculturalism, and modernisation.

Conclusion

In his New Year’s message for 1968, Encik Yusof spoke about these fundamentals of our society. This is what he said: "Therefore, we in Singapore should not fall into the tragic error of viewing the variety of language, religion, culture and race as a stumbling block to progress and prosperity. On the contrary, if we approach these differences with goodwill, tolerance and healthy curiosity, this rich variety will ultimately turn out to be our salvation. It is this tolerance for variety, among other things, which today makes Singapore the dynamic and progressive city it is."

We have done well to heed Encik Yusof's words. I have talked tonight about what we need to do to take his vision forward. We are united, but not homogenous. We must continue to work hard together to better integrate, practise give-and-take and build goodwill so that we can stay united. We have to make sure that our political system represents all Singaporeans, and all races.

That has been our nation's bedrock. That is how our minority and majority communities have lived harmoniously and prospered together. That is why today we can all sing "Majulah Singapura" together, as "one united people regardless of race, language or religion".

Thank you.