National Day Rally 2018 Speech (Malay)

National Day Rally 2018 Speech (Malay)

PM Lee Hsien Loong | 19 August 2018 | ITE College Central

PM Lee Hsien Loong delivered his National Day Rally speech on 19 August 2018 at the Institute of Technical Education College Central.

 

PM Lee Hsien Loong delivered his National Day Rally speech on 19 August 2018 at the Institute of Technical Education College Central. He spoke in Malay and Chinese, followed by English.

For the English transcipt and video with English dub, please scroll down to the bottom of the page.

 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

A very good evening to all of you and welcome to the National Day Rally. I wish you all a very Happy National Day. I would like to send greetings and best wishes from all of us to our Team Singapore athletes, competing in the Asian Games in Jakarta and Palembang. We are cheering for them, and go! Go for gold!

Let me start as usual, in the National Language. 

Saudara saudari sekalian, Selamat Hari Kebangsaan!

Malam ini saya ingin bercakap tentang tiga “M” – MUIS, MENDAKI dan MESRA. MESRA adalah sebuah badan penyelaras kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA). Ketiga-tiga institusi ini penting dan telah lama menguatkan masyarakat Melayu/Islam. Dengan bekerjasama secara lebih rapat, saya yakin mereka akan menjadi jauh lebih berkesan untuk memenuhi keperluan dan aspirasi orang Melayu. 

Sepanjang beberapa bulan lalu, saya berpeluang menghadiri pelbagai acara yang melibatkan ketiga-tiga M ini. Misalnya, Ramadan lalu, saya jalan-jalan ke Geylang Serai. Saya ke sana untuk menikmati suasana perayaan yang meriah. Saya juga sempat singgah di Wisma Geylang Serai atau WGS – bangunannya tersergam indah. Bentuk bumbungnya mengingatkan saya rumah-rumah Melayu zaman dahulu. Saya umumkan pelan untuk membina WGS pada Rapat Hari Kebangsaan 2011. Oleh itu, senang hati saya melihat bangunannya sudahpun siap dan berdiri megah! Ketika itu, ada konsert yang sedang berlangsung dan hadirin seronok menontonnya. Tetapi saya ganggu mereka, ya.

Sejauh ini, Kelab Masyarakat Geylang Serai dan CDC Tenggara sudah pun berpindah ke WGS. Tidak lama lagi, sebuah tajaka, pusat jagaan warga tua, dan pusat khidmat keluarga, juga akan bertapak di situ. WGS akan dibuka rasmi pada Januari tahun depan. Menjelang pembukaannya, MESRA telah merancang pelbagai acara termasuk Bulan Bahasa, Gentarasa dan Pesta Belia. Pendek kata, WGS bakal menjadi tempat tumpuan kegiatan Melayu dan ikon kebanggaan masyarakat kita.

Banyak lagi yang kita boleh lakukan untuk kukuhkan identiti budaya yang tersendiri di Geylang Serai, dari Tanjong Katong Complex hinggalah ke Kelab Masyarakat Kampong Ubi. WGS boleh anjurkan kegiatan di tanah lapang dan tempat letak kereta yang berdekatan. Kita juga boleh mencantik dan menyepadukan nyalaan lampu bangunan di sekitarnya pada waktu malam. Simpang jalan di hadapan WGS akan dijadikan mercu tanda supaya para pengunjung lebih teruja apabila mereka tiba. Ini hanya contohnya, ya. Tetapi cantik sekali! 

Dr Maliki Osman – mana Dr Maliki? Saya lantik anda untuk memimpin projek ini, sekali lagi. Dr Maliki akan bekerjasama dengan MESRA, para peniaga di kawasan itu, serta agensi-agensi Pemerintah. Beliau juga akan dekati masyarakat Melayu dan rakyat Singapura yang lain untuk kumpul idea dan buat saranan kepada pemerintah. Saya yakin apabila saya ke situ lagi, Geylang Serai pasti lebih meriah dan istimewa.

Ramadan lalu, saya juga sertai majlis iftar di Masjid Maarof di Jurong. Masjid Maarof adalah antara tiga masjid terbaru yang dibina MUIS. Reka bentuknya sangat indah dan masjid ini boleh menampung 4,500 jemaah. Ia mesra keluarga, terutama bagi pasangan dengan anak kecil. Terdapat juga kemudahan untuk golongan kurang daya penglihatan dan pendengaran. 

Sebenarnya, selain reka bentuk dan kemudahannya, apa yang membuat saya lebih kagum ialah barisan lembaga pentadbir dan sukarelawan masjid ini. Mereka berkebolehan dan bersemangat – ada aktivis muda, kaum ibu dan juga pesara. Mereka anjurkan pelbagai aktiviti dari kelas agama dan keibubapaan hinggalah ke pemeriksaan kesihatan. Mereka menyumbang masa, berkongsi visi dan menjadi pemimpin kepada masyarakat.

Selain mengurus masjid-masjid, MUIS juga memainkan peranan penting dalam memberi bimbingan agama. Ramai pemikir terkemuka dunia Islam telah ke sini di bawah Program Pelawat Unggul MUIS. Mereka bincangkan tentang Islam dan kedudukannya di dunia. Mei lalu, saya mengundang Imam Besar Al-Azhar, Dr Ahmed Al Tayyeb, ke jamuan malam di Istana. Beliau memuji Singapura sebagai negara contoh, di mana penganut Islam boleh mengamalkan agama mereka dan berintegrasi dengan masyarakat lain. Dalam ceramah awam beliau, Imam Besar Al Tayyeb menekankan perlunya penganut semua agama menghormati kepercayaan dan amalan orang lain, dan berinteraksi dengan satu sama lain, dengan cara yang praktikal dan inklusif. Nasihat itu relevan secara umum, tetapi ia sangat penting sekali di Singapura yang berbilang kaum dan agama. 

Sekarang saya sentuh tentang MENDAKI pula. Bulan lalu, saya melancarkan buku riwayat hidup Encik Sidek Saniff yang bertajuk “Langkah Liku Selayang Kenangan Sidek Saniff”. Selama 25 tahun, beliau berkhidmat sebagai AP dan juga Menteri Negara Kanan. Beliau berjuang untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu, khususnya melalui pendidikan. Dalam bukunya, Sidek menceritakan bagaimana beliau menjadi pengerusi Kongres MENDAKI pada tahun 1982. Ini dia Encik Sidek sebagai pengerusi muda! Usaha Sidek bersama para AP Melayu yang lain, dan pemimpin masyarakat di Kongres itu, membawa kepada pembentukan Yayasan MENDAKI. Terima kasih Sidek dan rakan-rakan anda! 

MENDAKI adalah badan bantu diri yang pertama di Singapura. Dengan sokongan badan-badan Melayu/Islam, MENDAKI berjaya tingkatkan kehidupan masyarakat melalui program pendidikan dan sosialnya, seperti kelas tuisyen dan dermasiswa pendidikan. MENDAKI mainkan peranan penting dalam kemajuan pelajar Melayu yang memberangsangkan sepanjang beberapa dekad. Yang lebih penting lagi, MENDAKI memupuk dalam diri masyarakat rasa bangga, semangat waja, dan keinginan membantu satu sama lain untuk berjaya.

Baru-baru ini, saya bertemu Khairul Rusydi, seorang penerima Anugerah MENDAKI, di Mesyuarat Ketua Pemerintah Komanwel di London. Ini dia Rusydi yang sedang ambil “wefie” kami. Rusydi mewakili Singapura dalam Majlis Belia Komanwel. Beliau juga pengasas bersama Reactor – syarikat pemula atau start-up yang menjalankan program latihan usahawan bagi golongan belia. Rusydi berjaya hasil bantuan masyarakat. Kini, gilirannya pula menyumbang bakti sebagai mentor kepada belia lain. Syabas Rusydi!

Kisah-kisah yang saya kongsi ini, mencerminkan usaha baik yang dilakukan MESRA, MUIS dan MENDAKI. Menteri Masagos menyebutnya sebagai M cube (M³) atau M kuasa tiga. Secara individu, setiap institusi ini terus memainkan peranan masing-masing dalam memajukan masyarakat. Mereka memenuhi dan memelihara keperluan budaya, agama serta pendidikan dan sosial orang Melayu. MESRA menganjurkan banyak kegiatan melalui rangkaian akar umbi dan sumber-sumber dari PA. MUIS mempunyai sukarelawan masjid yang penuh dedikasi serta rangkaian asatizah dan pelajar madrasah yang luas. MENDAKI pula menyokong para pelajar dan ibu bapa serta mendekati anak Melayu yang berjaya untuk membantu golongan yang memerlukan. 

Masagos dan para AP Melayu PAP telah melakar satu pelan bertindak untuk M kuasa tiga. M kuasa tiga akan bekerjasama, menyatukan sumber-sumber dan berkolaborasi bersama Pemerintah serta badan-badan Melayu/Islam yang lain. Dengan itu, mereka akan lebih mampu menangani cabaran masyarakat. Ini termasuk cabaran memastikan semua kanak-kanak mengikuti prasekolah, memperkasa dan membimbing belia, serta membantu golongan yang ketinggalan kerana dadah dan isu-isu sosial. Langkah pertama telahpun diambil. MUIS dan MENDAKI akan menubuhkan sebuah pejabat bersama di WGS dan tujuh lagi badan Melayu/Islam akan memulakan sebuah pusat khidmat sehenti atau MMO Hub di situ.

Saya setuju dengan rancangan M kuasa tiga. Saya sokong mereka sepenuhnya. Kerjasama ini sangat baik seperti yang digambarkan peribahasa Melayu, seikat bak sirih, serumpun bak serai. 

Untuk berjaya, M kuasa tiga perlukan sokongan padu masyarakat. Saya harap lebih ramai orang Melayu akan menyumbang kepada masyarakat menerusi M kuasa tiga, tidak kiralah sama ada anda sukarelawan baru, ataupun sudah berkhidmat dengan masjid atau badan Melayu/Islam. Marilah kita sama-sama turun padang membantu golongan yang memerlukan demi memajukan masyarakat. 

Rumusan

Saudara saudari sekalian, ternyata masyarakat Melayu/Islam boleh berbangga dan meraikan banyak pencapaiannya. Ramai di kalangan anda yang berjaya – sama ada secara perseorangan atau berkumpulan. Anda juga berjaya memupuk semangat bantu diri dan gotong royong yang teguh. Pada masa yang sama, anda masih berpegang kuat kepada identiti yang unik, dan tetap menjadi sebahagian penting Singapura. Dan Singapura harus kekal sebagai sebuah negara di mana semua orang Melayu boleh memenuhi aspirasi masing-masing. Marilah kita bekerjasama bagi memperkukuhkan lagi keharmonian masyarakat berbilang kaum, dan berkembang maju bersama-sama sebagai satu rakyat, satu Singapura.

Terima kasih dan Selamat Hari Raya Haji! 

* * * * * * * *

National Day Rally 2018 Malay Speech (with English Dub)

 

English Translation of Malay Speech

My fellow Singaporeans, Happy National Day!

Tonight, I will speak about the "3 Ms" – MUIS, MENDAKI and MESRA. MESRA is the People Association's (PA) Malay Activity Executive Committees Council. These three institutions are important, for they have long strengthened the Malay/Muslim community. By working more closely together, I am confident that they will be even more effective in fulfilling the needs and aspirations of Malays.

Over the last few months, I have attended several events involving the "3 Ms". For example, last Ramadan, I went for a jalan-jalan at Geylang Serai to soak in the festive atmosphere. I wanted to see Wisma Geylang Serai (WGS) – a beautiful building with pitched roofs, reminiscent of old Malay houses. I was happy to see WGS completed, having spoken about it at NDR 2011. A concert was going on, and there was a good crowd.

Geylang Serai Community Club and South East CDC have moved into WGS. Soon a childcare centre, senior care centre and family services centre will follow. WGS will officially open in January next year. MESRA has planned a series of events in the lead up, like Bulan Bahasa, Gentarasa and youth festivals. WGS will be a centre for Malay activities, an icon that the community can be proud of.

We can do more to make Geylang Serai a culturally distinctive precinct, stretching from the Tanjong Katong Complex to Kampong Ubi CC. WGS can use the open field and car park next door for activities. We can beautify and coordinate the night lighting, and turn the junction in front of WGS into a landmark, to create a distinctive feel and sense of arrival.

I have appointed SMS Maliki Osman to lead this project. He will work with MESRA, the local merchants and Government agencies. He will also engage the Malay community and other Singaporeans to solicit ideas and make recommendations to the Government. I am sure that the next time I visit, Geylang Serai will be even more vibrant and special.

Last Ramadan, I also joined an iftar at Masjid Maarof in Jurong, one of the three new mosques that MUIS has built in recent years. It is beautifully designed, and can host 4,500 congregants. It has facilities for families with young children, as well as the visually impaired, deaf and hard of hearing community.

What impressed me was not just the architecture and facilities, but also Masjid Maarof's management board and volunteers, including young activists, women and retirees. They are well-qualified and passionate. The volunteers organise activities ranging from religious and parenting classes to health screenings. They contribute their time, and provide vision and leadership to the community.

Apart from overseeing the mosques, MUIS also has an important role providing religious guidance. Many eminent Muslim thinkers have visited Singapore on the MUIS Distinguished Visitors Programme, to speak about Islam and its place in the world. In May, I hosted the Grand Imam of Al-Azhar, Dr Ahmed Al Tayyeb, to dinner. He praised Singapore as a "role model" where Muslims can practise their faith and integrate with others. In his public lecture, Grand Imam Al Tayyeb emphasised how people of all religions should respect other faiths and practices, and interact with one another in a practical and inclusive way. His sage advice is universally relevant, but especially important to us in multi-racial and multi-religious Singapore.

Now, let me speak about MENDAKI. Last month, I launched Encik Sidek Saniff's memoirs, "Life Reflections at 80". For 25 years, Sidek served as a Member of Parliament (MP) and Senior Minister of State. He championed improving the lives of Malay Singaporeans, especially through education. In his book, Sidek recounts how in 1982 he chaired the MENDAKI Congress. Sidek’s contributions, together with his fellow Malay MPs and community leaders during the Congress, led to the formation of Yayasan MENDAKI.

MENDAKI was our first ethnic-based self-help group. Working with Malay/ Muslim organisations, MENDAKI has uplifted the community through its education and social programmes, like tuition classes and education bursaries. MENDAKI has been instrumental in achieving sustained educational improvements among Malay students over the past few decades. Most importantly, it has fostered a sense of pride in the community, a can-do spirit, of helping one another and making a difference.

Recently, I met Khairul Rusydi, a recipient of Anugerah MENDAKI, at the Commonwealth Heads of Government Meeting in London. He was representing Singapore on the Commonwealth Youth Council. Rusydi co-founded Reactor, a start-up which conducts entrepreneurship courses and mentors youth. Having succeeded with the help of the community, Rusydi is now paying it forward by mentoring others.

I have shared these stories to illustrate the good work done by MESRA, MUIS and MENDAKI. Minister Masagos calls them the M³. Individually, each continues to make major contributions to the community’s progress by looking after their cultural, religious, educational and social needs, respectively. MESRA organises activities leveraging its grassroots network, and the resources of the PA. MUIS has a dedicated cadre of mosque volunteers, asatizah and madrasah students. MENDAKI supports students and parents, and encourages successful Malays to help others in the community.

Masagos and the PAP Malay MPs plan for M³ to work closely together. The three organisations will come together, combine their resources and volunteers, and collaborate with the Government and other Malay/Muslims Organisations. By doing so, they can make even more headway in tackling the challenges the community faces. These challenges include getting more young children to attend pre-school, empowering and mentoring youth, and supporting those who are left behind because of drugs or social problems. We have taken a first step in this direction, with MUIS and MENDAKI having a joint-office at WGS, and seven other MMOs jointly running a one-stop service centre — or MMO Hub — there as well.

I agree with the plans for M³ and I give them my full support. This new collaboration and unity is a positive development. As the Malay saying goes, seikat bak sirih, serumpun bak serai (together like a bunch of betel leaves, united like a bundle of lemongrass).

M³ will need the strong support of the community to succeed. I hope more Malays will contribute to the community through M³, whether you are new volunteers or activists already in the mosques and various Malay/Muslim organisations. Let us come forward to help, and take the community forward.

Conclusion

The Malay/Muslim community has much to celebrate. It has made great strides forward, individually as well as collectively. You have built a strong culture of self-reliance and gotong royong. You have maintained your unique identity, while being very much part of Singapore. Singapore must remain a country where all Malays can achieve their aspirations. Let us work together to strengthen our harmonious, multi-racial community, and progress as one people, one Singapore.

Thank you.