Eulogy by Mr Sidek Saniff for the Late Mr Lee Kuan Yew

Prime Minister's Office | 29 March 2015

Mr Sidek Saniff’s eulogy at the State Funeral of Mr Lee Kuan Yew, founding Prime Minister of Singapore, on 29 March 2015. An English translation of the eulogy is included below.

 

Penghormatan kepada
Mendiang Encik Lee Kuan Yew

Presiden,
Anggota-anggota Keluarga Mendiang Encik Lee Kuan Yew,
Rakan-rakan

Saya terkejut apabila Encik Lee Kuan Yew meminta saya bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum pada 1976. Keputusan saya menerima tawaran beliau untuk bertanding sebagai seorang calon PAP telah memberikan satu kejutan kepada masyarakat Melayu. Ini kerana hanya beberapa tahun sebelum itu, saya telah memberi pandangan-pandangan berbeza daripada Pemerintah mengenai pendidikan.

Beliau adalah seorang ketua yang tegas tetapi banyak memberi nasihat. Beliau mengingatkan supaya jangan sekali-kali berdolak-dalik. Bersikap terbuka. Sentiasa berwaspada. Tegas. Tetapi yang paling penting, mestilah bersopan santun. Nasihatnya ialah supaya kita tumpukan perhatian kepada pendidikan. Ini akan memastikan anak-anak kita menjadi pengamanah negara yang boleh dipercayai apabila mereka dewasa kelak. Saya amat berterima kasih kepada Encik Lee kerana telah memberi sokongan padu kepada penubuhan Yayasan Mendaki.

Pada tahun 1979, apabila saya dikehendaki menemani Hon Sui Sen, Menteri Kewangan pada waktu itu, ke China, Encik Lee bertanya sama ada saya boleh tahan cuaca sejuk di China. Beliau juga bertanya, “Adakah anda mempunyai kot musim sejuk?” Saya berkata yang saya akan membelinya. Beliau menjawab, “Jangan buang duit. Jangan buang duit”. Selepas berhenti sejenak, beliau menyambung: “Ahmad Mattar ada kot musim sejuk yang bagus. Pinjamlah daripadanya.”

“Bagaimana pula dengan but untuk menyarung kasut semasa berjalan?” Saya memberitahunya yang saya tidak ada tetapi akan membelinya. “Jangan, jangan buang duit. Dia berhenti sejenak. “Pinjam daripada Chok Tong!” Jadi saya ke China dengan kot musim sejuk dan sepasang but pinjam!”

Encik Lee berpegang teguh kepada sikap berjimat cermat baik dalam kehidupan peribadinya mahupun di peringkat nasional. Dan beliau mengamalkan pegangan beliau itu. Peristiwa tadi adalah satu contoh, dan juga menunjukkan sikap kebapaan beliau dan sikap yang amat teliti.

Bercakap tentang sikap berhemat, Encik Lee tidak suka membuang masa. Beliau bukanlah orang yang suka berlengah-lengah. Pada tahun 2010, apabila saya menghantar senaskhah buku saya yang mengandungi koleksi ucapan dan rencana bertajuk, ‘The Singapore Malay Paradigm’ atau dalam bahasa Melayunya ‘Paradigma Melayu Singapura’, beliau mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’ kepada saya melalui satu nota peribadinya beberapa hari kemudian. Saya tersentuh dengan jawapan luhur beliau dan memberitahu  bahawa buku tersebut tidak akan menjadi kenyataan tanpa pandangan jauh Encik Lee. Beliau terus membalas pada hari yang sama dengan tulisnnya sendiri, lantas berkata kepada saya, ‘Terima kasih Sidek’.

Saya telah berpeluang menemani beliau ke luar negara beberapa kali. Semasa beliau berkunjung ke Israel dan Jordan pada 1994, saya merupakan salah seorang anggota rombongan Singapura. Kedua-dua pemimpin, Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan Raja Hussein dari Jordan, telah meraikan kami sebagai tetamu di kediaman mereka masing-masing. Ini adalah satu contoh klasik layanan baik orang-orang Yahudi dan Arab: Penghargaan dan penghormatan tertinggi yang diberi kepada mantan Perdana Menteri kita. Penghormatan yang bersalut emas.

Saudara saudari setanah air. Hari ini kita merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan penghargaan kepada seorang tokoh berwibawa ini. Encik Lee memiliki ciri-ciri dan ketokohan seorang ‘negarawan’. Seorang yang hadir di kalangan kita hanya sekali dalam beberapa dekad untuk meninggalkan kesan mendalam terhadap masyarakat dan di seluruh persada dunia.

Kepada keluarga beliau, negara turut berkongsi kesedihan dan kepiluan yang anda rasakan. Salam takziah yang amat mendalam dari kami. Saya harap kepiluan anda sekeluarga sedikit sebanyak terubat apabila mengenang hakikat bahawa tokoh pengasas negara kita ini, iaitu bapa anda, sebenarnya telah menikmati kehidupan dan hayat yang panjang lagi bermakna. Rakyat Singapura sangat terhutang budi kepada beliau.

Izinkan saya membacakan serangkap pantun Melayu yang menghargai nilai budi seseorang:

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.
 

Pepatah Melayu pula berkata: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Encik Lee, kami ingin menegaskan bahawa warisan yang anda tinggalkan akan diteruskan. Kami akan selalu menghargai nasihat anda, terutama sekali dalam memerintah negara. Anda pernah berkata: “Jika anda ingin menjadi popular setiap masa, anda akan silap memerintah. If you want to be popular all the time, you will mis-govern.” Dan anda sering menggesa kami untuk mengambil pendekatan yang pragmatik. Dan yang paling utama anda tegas meminta kami agar sentiasa jujur dan bersih- dua sifat yang mempunyai lentunan pengertian yang kental.

PM, SM, MM, selamat berpisah

Selamat Berpisah, Sahabatku, Selamat Berpisah

Oleh Sidek Saniff

__________________

English translation of Mr Sidek Saniff's eulogy

Mr President, the family of the late Mr Lee Kuan Yew, friends,

When Mr Lee Kuan Yew asked me to stand as a candidate in the 1976 General Elections, I was surprised. My decision to accept his offer to stand as a PAP candidate created quite a stir in the Malay community. I had expressed differing views from the Government on education just a few years earlier.

He was a tough taskmaster but always full of advice. Never waffle, he would say. Be open. Be attentive, firm. But above all, be polite. His advice was to concentrate on education. This would ensure our children would go on to become trustworthy trustees of our nation, he argued. I am most grateful to Mr Lee for fully supporting the formation of Mendaki.

In 1979, when I was to accompany Hon Sui Sen, then Minister of Finance, to China, Mr Lee asked me if I could take the cold Chinese winter. “Do you have an overcoat” he asked. I said that I would buy one. “No, don't waste money”, he replied. He paused and said: “Ahmad Mattar has a good overcoat. Borrow from him.”

 “What about boots for walking?” he continued. I said I didn't have any but I would buy a pair. “No, no don't waste money.” He paused and said, “Borrow from Chok Tong!” So off I went to China with a borrowed overcoat and a borrowed pair of boots!

Mr Lee believed in frugality, both in his personal life as well as nationally. And he walked the talk. This episode is an example, and also showed his fatherly character and sharp eye for detail.

Speaking of not being wasteful, Mr Lee disliked wasting time. He was not one to procrastinate. In late 2010, when I presented him with a copy of my book of speeches and news articles entitled ‘The Singapore Malay Paradigm’, he sent me a personal note of ‘Best Wishes’ a few days later. I felt touched by his gesture and replied that the book would not have been possible but for his foresight. He responded on that very day itself in his own handwriting saying, ‘Sidek, thank you’.

I had several opportunities to accompany him abroad. When he travelled to Israel and Jordan in 1994, I was on the Singapore delegation. The two heads of state, Israeli Prime Minister Yitzhak Rabin and Jordan’s King Hussein, both entertained us in their respective homes. This was a classic example of Jewish and Arab hospitality: utmost appreciation and respect being bestowed on our former PM. Respect that was tinted in gold.

Today we register our deepest respect and appreciation to this great man. Mr Lee was the embodiment of the term ‘statesman’. Someone who comes along once every few decades to make an indelible mark on society and the world at large.

To his family, the Nation shares your sorrow. Please accept our heartfelt condolences. May you be consoled in the knowledge that our founding father, your father, had lived a long and meaningful life. Singaporeans are indeed indebted to him.

Let me recite a Malay pantun or short poem:

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji diatas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati.

A Malay quatrain which means that monetary debts can be paid off, but debts of good deeds cannot be repaid. A person brings such debts to his grave.

There is also a Malay saying or pepatah Melayu:

           Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama.

This is a Malay saying which means that a person who has done many great deeds will always be remembered.

Mr Lee, we would like to assure you that your legacy remains intact. We shall always cherish your advice, especially in governing. You said: “If you want to be popular all the time, you will misgovern”. And you always urged us to be pragmatic. And above all, you insisted we remain honest and clean.

PM, SM, MM, farewell. Farewell, my friend, farewell.

By Sidek Saniff

* * * * *

 

TOP