National Day Rally 2023 (Malay)

PM Lee Hsien Loong | 20 August 2023

PM Lee Hsien Loong delivered his National Day Rally 2023 speech on 20 August 2023 at the Institute of Technical Education (ITE) Headquarters. PM spoke in Malay and Mandarin, followed by English.

 

For the English translation of the Malay speech, please scroll down or click here.

* * * * *

Rapat Umum Hari Kebangsaan 2023

Kediaman Lebih Baik, Masa Depan Lebih Cerah

Saudara-saudari sekalian

Kita semua bangkit sepenuhnya daripada pandemik COVID-19. Kini, kita lebih kukuh dan berdaya tahan sebagai satu Singapura. Tetapi, kita berdepan dengan pelbagai cabaran baru yang semakin rumit, yang memerlukan kita bersatu padu untuk mengatasinya, sebagai satu rakyat.

Pasukan 4G, yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong, telah melancarkan inisiatif ‘Melakar Hala Tuju Singapura’ atau Forward SG. Mereka berbincang, bertukar-tukar idea dan bekerjasama dengan ribuan rakyat Singapura daripada segenap lapisan masyarakat. Saya gembira badan-badan dan masyarakat Melayu/Islam juga turun padang untuk sama-sama menyumbang secara aktif dalam Forward SG. Inisiatif ini penting untuk menyegarkan kontrak sosial kita, menentukan Singapura yang kita idam-idamkan, dan cara terbaik mencapainya.

Pekerjaan dan Mata Pencarian

Antara perkara yang kita idam-idamkan tentulah kemajuan ekonomi, pekerjaan dan mata pencarian yang mantap. Namun, keadaan dunia pada masa hadapan dijangka tidak menentu dan terus bergelora. Sungguhpun demikian, sebenarnya banyak peluang tersedia bagi mereka yang berani merebutnya. Sektor-sektor ekonomi baru sedang bercambah, mewujudkan pekerjaan baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Satu contoh adalah bidang digital, yang amat memerlukan kemahiran baru dan ilmu yang mendalam. Malah bidang digital menawarkan peluang pekerjaan yang sangat luas. Anda boleh menjadi penggiat YouTube, saintis data atau seorang pereka UX (pengalaman pengguna) atau UI (antaramuka pengguna). Siapa kata dengan permainan online, kita tak boleh cari makan? Sebenarnya, boleh! Bagaimana caranya? Dengan menjadi seorang pemain profesional, jurulatih, ataupun pengulas.

Saya gembira semakin ramai yang berpindah ke sektor digital termasuk karyawan Melayu/Islam. Saya difahamkan sekumpulan mereka yang menempa nama sebagai pakar dalam bidang IT bergabung di LinkedIn. Ditubuhkan tahun lalu, rangkaian yang dikenali sebagai Malay Muslims iN Tech kini mempunyai hampir 400 anggota. Mereka menganjurkan bengkel, seminar dan sesi-sesi rangkai kerja untuk menggalakkan perkongsian idea, kemahiran serta peluang-peluang baru.

Seorang daripada mereka ialah, Atiqah Abdul Khalim. Beliau lulus dengan ijazah Sains Politik dari NUS tetapi kemudian memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang berlainan sekali – rekaan digital UX bagi aplikasi, laman web atau peranti. Sejak itu, beliau bekerja sebagai pereka UX di beberapa syarikat teknologi besar seperti Razer, Shopee dan kini di Rakuten Viki. Pada 2018, Atiqah mempamerkan kehandalannya di Cabaran Teknologi Hackathon Masjid-Masjid. Wadah e-dagang rekaan pasukannya bagi barangan terpakai, muncul juara. Kini sebagai pereka kanan UX dan juga instruktor, beliau berkongsi minat dan kepakaran dalam rekaan digital kepada para pelajarnya. Syabas Atiqah!

Semua ini merupakan peluang baik yang perlu kita manfaatkan.

Namun, di sebalik peluang-peluang ini, timbul tekanan – tekanan untuk sentiasa mengikuti trend terkini. Timbul juga kebimbangan bahawa pekerjaan anda mungkin diambil alih robot atau aplikasi AI, kecerdasan buatan. Memang kita menjangkakan lebih banyak gangguan kepada pekerjaan. Lebih ramai pekerja kita akan terjejas dan mungkin hilang pekerjaan beberapa kali sepanjang kerjaya mereka.

Hakikatnya, pekerjaan sangat penting dalam kehidupan kita. Pekerjaan bukan sekadar mata pencarian bagi keluarga kita, tetapi ia juga penanda identiti kita, lambang kebanggaan dan harga diri kita, yang juga menjadi inspirasi kepada anak-anak kita.

Apabila kita hilang pekerjaan, kita mungkin cepat putus asa dan hilang keyakinan.

Lantaran itu, Pemerintah mengambil pelbagai langkah untuk membantu para pekerja memperoleh kemahiran baru dan beralih ke sektor-sektor baru. Sebagai contoh, Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture dan Program Penukaran Kerjaya, Tenaga Kerja Singapura (WSG). WSG dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja NTUC (e2i) pula boleh membantu anda mencari pekerjaan baru.

Namun, rentak perubahan dijangka semakin pantas. Bagi kita yang hilang pekerjaan, kita tahu jalan keluarnya, jelas – iaitu latihan semula demi mencari pekerjaan yang lebih baik dalam jangka panjang.

Tetapi tekanan kewangan dan tanggungjawab untuk menyara keluarga, akan mengganggu fikiran dan pilihan kita. Jadi susah sekali untuk mengikuti kursus kemahiran. Seringkali, kerana terdesak, kita terus merebut apa saja pekerjaan yang ditawarkan.

Pemerintah faham kesusahan yang dihadapi golongan pencari kerja. Kami mendengar kebimbangan anda dalam soal ini semasa sesi-sesi perbincangan Forward SG. Jadi, kami sedang melakarkan satu skim yang menawarkan sokongan kewangan sementara bagi pekerja yang diberhentikan, semasa anda meningkatkan kemahiran.

Skim ini akan meringankan tekanan yang dihadapi pencari kerja. Dengan ini, anda boleh tumpukan perhatian untuk menjalani latihan semula demi mendapatkan pekerjaan jangka panjang yang lebih baik. Inilah cara kami boleh membantu anda bangkit semula dengan lebih yakin. Kami sedang perhalusi butiran skim ini, dan para pemimpin 4G akan berkongsi lebih lanjut apabila mereka menggulung inisiatif Forward SG.

Selain usaha Pemerintah, saya juga gembira melihat badan-badan Melayu/Islam memainkan peranan untuk menyokong golongan pencari kerja. Misalnya, MENDAKI bekerja rapat dengan agensi M3 dan badan-badan Melayu/Islam untuk mendekati para pekerja Melayu. Malah para pemimpin Melayu di NTUC juga aktif terlibat dalam membantu mereka meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pekerjaan. Bersama-sama, mereka memperkukuh proses rujukan bagi program-program latihan, peningkatan kemahiran dan pemadanan pekerjaan.

Satu contoh ialah Nur Asyura Senin, ibu kepada dua orang anak. Asyura, lulusan diploma kejuruteraan sivil pernah bekerja sebagai pembantu pentadbiran di sebuah syarikat binaan. Beliau berhenti kerja selama empat tahun untuk menjaga anak-anaknya. Tahun lalu, apabila anak-anaknya mula bersekolah, beliau memutuskan untuk kembali bekerja. Tetapi Asyura mahu bertukar kerjaya ke bidang jagaan kesihatan khususnya pergigian.

Tahun lalu, Asyura menyertai program Women At Work, MENDAKI. Penasihat Kerjaya beliau melakarkan pelan tindakan kerjayanya dan menyarankan kursus-kursus yang sesuai untuk beliau.

Asyura menggunakan Kredit SkillsFuture untuk meraih Sijil Asas bagi Sokongan Pergigian. Semasa menjalani latihan, beliau berjaya mendapat pekerjaan sepenuh masa sebagai pembantu pembedahan pergigian di sebuah klinik. Inilah caranya Asyura berjaya bangkit semula dan meningkatkan kemahirannya. Tahniah Asyura!

Saya harap lebih ramai kaum ibu mengikuti contoh Asyura. Pemerintah akan menyokong anda dan saya harap keluarga anda juga akan memberi sokongan penuh!

Jalur Budaya Geylang Serai

Saudara saudari, selain meningkatkan prospek ekonomi rakyat Singapura, Pemerintah juga beriltizam untuk melestarikan warisan budaya kita.

Saya rasa seronok melihat bazar-bazar Hari Raya kembali seperti biasa khususnya di Geylang Serai. Saya gembira melihat bukan sahaja pengunjung, bahkan para pegerai rancak berniaga seperti sebelum pandemik.

Ternyata, Geylang Serai adalah hab kebudayaan kita yang penting, bukan sahaja untuk masyarakat Melayu tetapi untuk semua rakyat Singapura dan juga pelancong.

Kalau anda masih ingat pada Rapat Umum Hari Kebangsaan lima tahun yang lalu, saya mengumumkan projek Jalur Budaya Geylang Serai untuk mempertingkatkan kawasan ini. Ia juga bagi meraikan sejarah, budaya dan warisan masyarakat Melayu. Ada beberapa bahagian projek ini yang telah pun siap. Misalnya, Wisma Geylang Serai (WGS) yang kini menjadi nadi kegiatan budaya Melayu. Sejak dibuka, ia berjaya menarik jutaan pengunjung secara fizikal dan online.

Tahun lepas, ruang masyarakat Anjung di WGS pula dibuka secara rasmi. Kini ia menjadi hab untuk kegiatan sukan dan kemasyarakatan, dan sejauh ini telah menjadi tuan rumah kepada lebih 100,000 peserta dan pengunjung.

Dengan lengkapnya, WGS dan Anjung, satu daerah baru sudah mula terbentuk. Sebahagian kerja-kerja peningkatan masih bersifat ‘akan datang’, tetapi tidak lama lagi. Mari saya bawa anda menyusuri kerja-kerja peningkatan lain. Ini peta Geylang Serai. Di simpang utama, Geylang Road dan Joo Chiat Road, sebuah gerbang akan menyambut para pengunjung ke Geylang Serai. Gerbang ini diilhamkan daripada bumbung atap rumah-rumah tradisional Melayu.

Di kiri simpang ini dengan bumbung merah, adalah Pasar Geylang Serai, mercu tanda yang tidak asing lagi. Tidak lama lagi, kerja-kerja ubah suai akan bermula untuk mengubah bahagian hadapan dan kawasan sekitarnya. Kami akan memperbaiki laluan pejalan kaki dan ruang-ruang awam untuk merubah pengalaman pejalan kaki agar lebih menarik.

Bertentangan pasar ini ialah satu lagi ikon Geylang Serai iaitu Joo Chiat Complex. Ia juga akan berwajah baru. Di pintu masuk utamanya, akan ada kanopi kaca ini. Di bawahnya ialah Plaza Perayaan, yang boleh digunakan bagi pelbagai acara. Ruang-ruang awam sekitar Joo Chiat Complex juga akan dinaik taraf. Semua ini, termasuk beraneka program kebudayaan, akan menjadikan Geylang Serai lebih rancak dan bertenaga untuk dinikmati para pengunjung, baik tua mahupun muda.

Saya tidak sabar untuk semua peningkatan ini siap, tahun depan. Kepada pasukan yang menjayakan projek ini, terima kasih!

Pada zahirnya, projek Geylang Serai ini memaparkan keindahan dan kekayaan warisan budaya Melayu. Namun, apa yang tersirat di dalamnya mencerminkan masyarakat Melayu kita yang kembali bertenaga, bersiap siaga untuk menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan.

Membangunkan Semangat Singapura yang Baru

Saudara saudari sekalian, 58 tahun lalu, para pengasas kita menyatu-padukan rakyat dan melancarkan usaha Singapura membina watan kita. Sebagaimana dalam lagu kebangsaan kita, mereka didorong oleh semangat yang baru: seruan untuk bersatu padu, keazaman mengatasi cabaran, serta sedia bekerjasama demi membina sebuah negara baru dan masa hadapan yang cerah. Semangat inilah yang terus membara dalam diri kita, menghasilkan kejayaan yang kita kecapi hari ini iaitu sebuah hab berbilang bangsa dan budaya serta negara maju yang aman lagi bertenaga.

Satu pameran kini berlangsung di Muzium Negara. Pameran ini – Membangunkan Semangat yang Baru – merakamkan dengan baik semangat yang wujud pada zaman itu. Pergilah ke pameran tersebut, rasakan sendiri dan renungkan makna ‘semangat yang baru’.

Memandang ke hadapan, generasi hari ini memerlukan semangat yang sama, yang lebih bertenaga untuk membawa Singapura maju lebih jauh lagi. Kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran rumit dan kita mahu melaksanakan beraneka rancangan baru. Tetapi dengan keyakinan dan nilai-nilai asas yang dipegang datuk nenek kita, saya yakin kita boleh menjadikan aspirasi kita, satu kenyataan.

Oleh itu, marilah kita memperkukuh semangat ini dalam kalangan rakyat Singapura demi membina sebuah masyarakat inklusif yang adil dan saksama. Marilah kita berusaha bersama-sama ke arah masa depan yang lebih cerah sebagai satu rakyat, satu negara, satu Singapura!

Terima kasih

* * * * *

English Translation of National Day Rally 2023 Malay Speech

A Better Home, A Brighter Future


My Fellow Singaporeans

We have fully emerged from the COVID-19 pandemic. Now, we are stronger and more resilient as one Singapore. But we are faced with various new challenges that are increasingly complex. We must unite as one people to overcome them.

The 4G team, led by Deputy Prime Minister Lawrence Wong, has launched the Forward SG initiative. They have discussed, exchanged ideas, and partnered with thousands of Singaporeans from all walks of life. I am happy that Malay/Muslim Organisations (MMOs) and the community have also rolled up their sleeves and contributed actively to Forward SG. It is important to renew our social compact, determine the Singapore that we desire, and the best way to achieve it.

Jobs and Livelihood

Among the things that we wish for must be economic prosperity, good jobs, and a steady livelihood. But the global economic situation is expected to remain uncertain and turbulent. Despite this, there are actually many opportunities available for those who dare to seize them. New economic sectors are sprouting up, creating new jobs – like mushrooms growing after the rain.

One example is the digital domain, where new skills and deep knowledge are much needed. In fact, the digital domain offers a wide range of job opportunities. You can be a YouTuber, a data scientist, or a user experience (UX) or user interface (UI) designer. Who says you can’t make a living from online games? Actually, you can! How to do so? By being a professional player, coach, or even a commentator.

I am happy that more people are moving to the digital sector, including Malay/Muslim professionals. I understand that a group of them who are making a name for themselves as tech experts have formed a network on LinkedIn. Set up last year, the group, Malay Muslims iN Tech, is now almost 400 strong. They organise workshops, seminars and networking sessions to exchange ideas, best practices and new opportunities.

One of them is Atiqah Abdul Khalim. Atiqah graduated from NUS with a degree in Political Science. But she later decided to take a course in a totally different field – digital design of UX for apps, websites or devices. She has worked as a UX designer in a number of major technology companies, including Razer, Shopee, and now Rakuten Viki. She demonstrated her capabilities at a Mosque Hackathon Tech Challenge in 2018, where her team’s web-based e-commerce platform for second hand items won the top prize. Now a Senior UX designer and an instructor, she actively passes on her passion and expertise in digital design to others. Well done, Atiqah!

All these represent good opportunities that we need to make the most of.

The flip side of these opportunities, however, is anxiety: Anxiety to keep up with the latest trends. Worry that your job may be taken over by robots or AI applications. We can certainly expect more job disruptions. More of our workers will be affected by such disruptions and may lose their jobs several times throughout their careers.

It is undeniable that work is a big part of our lives. Jobs are not just a source of livelihood for our families. They are also a marker of our identity. They give us a sense of pride and self-esteem, and are an inspiration to our children.

When we lose our jobs, we might be easily disappointed, and lose our confidence.

So, the Government has taken various steps to help workers pick up new skills and move to new sectors. Examples include the SkillsFuture Career Transition Programme and Workforce Singapore’s (WSG’s) Career Conversion Programme. WSG and NTUC’s Employment and Employability Institute (e2i) can help you in your job search.

But the pace of change is expected to increase. For those of us who have lost jobs, we know what is the way out – retraining to find better jobs for the longer term.

But financial pressure and the need to support our families, will affect our minds and choices. So it is very difficult to go for skills courses. Thus, often out of desperation, we seize whatever jobs are offered.

The Government understands the difficulties of jobseekers. We have heard your concerns during our Forward SG conversations. So we are developing a scheme to offer temporary financial support for workers who are retrenched while you upgrade your skills.

This scheme will ease the immediate pressure that jobseekers experience so they can focus on upgrading their skills for a better long-term job. This is how we can help you get back on your feet confidently. We are in the midst of fine-tuning the details of the scheme. The 4G leaders will share more when they wrap up the Forward SG initiative.

Besides the Government’s efforts, I am also happy to see MMOs playing their part to support jobseekers. For example, MENDAKI works closely with M3 agencies and other MMOs to reach out to Malay workers. In fact, NTUC Malay leaders are also actively involved in helping them upskill and find jobs. Together, they have strengthened their referral processes for training, upskilling and job placements.

One beneficiary is Nur Asyura Senin, a mother of two children. Asyura, a civil engineering diploma graduate, worked as an administrative assistant in a construction company. She stopped working for four years to care for her children. Last year, she decided to rejoin the workforce as her children started school. But Asyura wanted to switch to the healthcare sector, specifically dentistry.

Last year, Asyura enrolled in MENDAKI’s Women@Work programme. Her Career Advisor at MENDAKI mapped out a career action plan and suggested suitable courses for her to attend.

Asyura used her SkillsFuture Credit to obtain a Certificate in Basic Dental Assisting. While undergoing training, she managed to secure a full-time job as a dental surgery assistant at a clinic. This is how Asyura has successfully bounced back and upgraded her skills. Congratulations Asyura!

I hope more mothers will follow Asyura’s example. The Government will support you and I hope your families too will give you their full support.

Geylang Serai Cultural Belt

My fellow Singaporeans, apart from raising the economic prospects of Singaporeans, the Government is also committed to preserving our cultural heritage.

It was a joy for me to see the Hari Raya bazaars back in full force, especially in Geylang Serai. I am happy to see not only visitors, but also stall owners actively doing business, like before the pandemic.

Indeed, Geylang Serai is an important cultural hub, not only for the Malay community but also for all Singaporeans as well as tourists.

If you recall, at the National Day Rally five years ago, I announced the Geylang Serai Cultural Belt (GSCB). The project also aims to celebrate the history, culture and heritage of the Malay community. Some parts of the project have already been completed. For example, Wisma Geylang Serai (WGS), which has become the pulse of Malay cultural activities. Since its opening, it has attracted millions of visitors, both physical and virtual.

Last year, the new Anjung@WGS was officially opened. It is now a hub for sports and community activities, and has hosted over 100,000 participants and visitors since its opening.

With the completion of WGS and Anjung, a new district has begun to take shape. Some of the refurbishment works are still akan datang, but not for long. Allow me to take you through the other improvements. Here is a map of Geylang Serai. At the junction of Geylang Road and Joo Chiat Road, an archway will greet visitors to Geylang Serai. The archway is inspired by the attap roofs of traditional Malay houses.

To the left of this junction, with the red roof, is Geylang Serai Market, a popular landmark. Renovation work will soon begin to transform its external façade as well as the surrounding area. We will improve the walkways and public spaces to transform pedestrians’ experience and make the area more attractive.

Opposite the market is another familiar landmark – Joo Chiat Complex (JCC). JCC will also get a facelift. At the main entrance, there will be a new glass canopy. The space below it is the Festive Plaza which will be used as an event space. Public spaces surrounding JCC will also be upgraded. All this, including various cultural activities, will make Geylang Serai more vibrant and lively for the enjoyment of visitors, young and old.

I look forward to the upgrading work being completed next year. To the team that is making this project a success, thank you!

On the outside, the GSCB makeover showcases the beauty and richness of our Malay cultural heritage. But on the inside, it reflects our Malay community’s re-energised spirit, and its readiness to face the future with confidence.

Forging a New Singapore Spirit

My fellow Singaporeans, 58 years ago, our founding fathers united the people and launched Singapore’s efforts to build a nation. As reflected in our national anthem, they were driven by a new spirit: a desire to come together, a determination to overcome challenges, and a willingness to work for a brighter future. This spirit is still alive in us and has brought us to where we are today: a multi-cultural, multiracial hub as well as a developed nation that is peaceful and vibrant.

An exhibition is now on at the National Museum. Called Semangat yang Baru: Forging a New Singapore Spirit, it captures the spirit of those days wonderfully. Please visit the exhibition. Feel for yourself and reflect on the ‘semangat yang baru’.

We too need the same reinvigorated spirit to take Singapore forward further. We will face various complex challenges in the years to come and we want to implement various new plans. But with the same confidence and values our forefathers displayed, I am confident we can make our aspirations a reality.

Therefore, let us strengthen this spirit among Singaporeans to build an inclusive society, based on justice and equality. Let us work together towards a brighter future as One People, One Nation, One Singapore!

Thank you!

 

TOP