National Day Rally 2017 (Malay)

PM Lee Hsien Loong | 20 August 2017

PM Lee Hsien Loong delivered his National Day Rally 2017 speech on 20 August 2017 at the Institute of Technical Education College Central. PM Lee spoke in Malay and Mandarin, followed by English.

 

PM Lee Hsien Loong delivered his National Day Rally speech on 20 August 2017 at the Institute of Technical Education College Central. He spoke in Malay and Mandarin, followed by English.

For the video with English dub and sign language interpretation, please scroll down to the bottom of the page.

* * * * *

Rapat Umum Hari Kebangsaan 2017

Saudara saudari sekalian, Selamat Hari Kebangsaan! Rapat umum hari ini merupakan peluang untuk saya sentuh tentang isu-isu yang melibatkan masa depan kita. Tahun ini, saya akan membincangkan tiga isu nasional: meningkatkan pendidikan prasekolah, mengatasi kencing manis, dan membentuk Negara Bijak. Ini semua isu jangka panjang tetapi kita perlu buat persediaan sekarang supaya kita dapat meraih manfaatnya pada masa depan.

Pertama, pendidikan prasekolah. Ini melibatkan penjagaan bayi dan juga pendidikan kanak-kanak di bawah enam tahun. Pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak membina kemahiran kognitif, emosi dan sosial. Dengan ini, setiap anak dapat mencapai potensi sepenuhnya di sekolah, dalam kerjaya dan dalam kehidupan.

Dari sudut yang lebih luas, sistem prasekolah yang baik membolehkan: setiap pelajar bersaing secara adil dalam sistem meritokrasi kita; setiap warga pula boleh menikmati hasil kemajuan Singapura; dan ini akan terus menjadikan Singapura sebuah masyarakat yang penuh dengan peluang dan harapan untuk semua warganya.

Sebab itu, saya gembira, kini lebih ramai kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan prasekolah. Itulah sebabnya juga Pemerintah sedang meningkatkan mutu prasekolah, dan memastikan biayanya dimampui.

Kita akan terus menambah tempat di prasekolah, termasuk penjagaan bayi dan tadika. Ini akan membantu ibu bapa yang bekerja, dan yang tidak dapat meninggalkan anak-anak di rumah atau untuk dijaga datuk dan nenek mereka.

Kita juga sedang mempertingkat kemahiran guru prasekolah, supaya mereka mendapat latihan dan kerjaya yang lebih baik. Misalnya, Nuraslinda Safaruan. Selepas meraih diploma pendidikan awal kanak-kanak, beliau menjadi guru prasekolah. Selepas beberapa tahun, Nuraslinda dilantik sebagai guru kanan. Beliau meninggalkan sektor prasekolah seketika untuk menjadi pramugari, tetapi kerana minatnya kepada sektor ini, beliau kembali semula tahun lepas. Nuraslinda sekarang bekerja di My First Skool sebagai timbalan ketua pusatnya. Dengan guru yang baik seperti Nuraslinda, anak-anak kita akan mendapat permulaan yang baik dalam hidup dan ibu bapa pula akan berasa tenang!

Seterusnya, biar saya sentuh tentang penyakit kencing manis. Ini adalah satu masalah kesihatan yang serius. 10 peratus warga Singapura menghidap kencing manis. Tetapi lebih membimbangkan, 17 peratus orang Melayu ada kencing manis. Satu sebab ialah masalah berat badan, yang juga lebih serius di kalangan orang Melayu.

Apabila anda menghidap kencing manis, ia tidak boleh sembuh. Ia hanya boleh dikawal. Tetapi jika ia tidak dikawal dengan baik, banyak kesulitan boleh timbul dan membahayakan nyawa anda.

Mujur, badan-badan Melayu/Islam giat bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menyebarkan mesej tentang kencing manis. Misalnya, masjid-masjid menggalak gaya hidup sihat dan pemahaman tentang penyakit ini. Begitu juga dengan Persatuan Rakyat melalui pimpinan MESRA.

Namun sejauh manapun usaha Pemerintah, kesihatan sebenarnya terletak di tangan kita sendiri. Jika kita pantau gaya hidup dan pemakanan, kita boleh mengelakkan kencing manis atau paling tidak mengawalnya. Segeralah bertindak sebelum nasi menjadi bubur.

Saya cadangkan dua perkara yang boleh dilakukan. Pertama, jaga makan dan minum anda. Saya tahu masakan Melayu memang sedap kerana kandungan lemaknya. Malangnya, lemaknya itu datang dari santan dan gula.

Saya sendiri suka dodol. Saya selalu makan dodol tetapi ini pertama kali saya masak dodol di Jalan Kayu. Jadi saya tanya Anggota Parlimen Dr Intan: “Pernah masak dodol?” Jawapannya, “Tak pernah. Pertama kali juga!” Sebernanya kan, kami ini masak-masak sahaja ye. Tengok, tak ada api di bawah. Saya juga suka ondeh-ondeh. Tetapi saya tentu akan ditegur doktor jika makan berlebihan. Doktor mahu saya kurangkan makan! Satu biji sebenarnya cukup! Tapi, dua biji ondeh-ondeh, boleh lah! Nasihat ini praktikal kerana lebih mudah untuk kita kurangkan jumlah yang kita makan daripada tidak makan langsung!

Bila kita masak, walaupun kita kurangkan santan dan gula, masakan kita tetap enak. Contohnya, lauk kari masih sedap jika kita gunakan susu cair dan bukan santan. Bila makan di luar, carilah pilihan yang lebih sihat.

Baru-baru ini, saya ke pusat makanan di Hab Tampines Kita, OTH. Setiap gerai ada sekurang-kurangnya satu pilihan yang sihat. Misalnya, soto ayam di gerai Cik Salama Salim ini yang popular. Cik Salama memberitahu saya beliau tidak menumis bahan-bahannya tetapi merebusnya. Beliau juga kurangkan garam dan tidak menggunakan bahan pengawet langsung. Harga semangkuk soto ayam rendah kalori ini, $2.80 sahaja. Murah dan berkhasiat! Jadi untuk elakkan kencing manis, kita mesti jaga pemakanan kita.

Selain daripada menjaga makan dan minum, kita juga harus menjaga aktiviti harian dengan banyakkan bersenam. Doktor cadangkan kita lakukan aktiviti fizikal 150 minit seminggu atau kira-kira 20 minit sehari. Sebenarnya, tidak susah. Dengan melakukan aktiviti yang kita gemari, kita tidak terasa ia suatu beban. Kita boleh berjalan pantas, atau ikuti kelas aquarobics dengan kawan-kawan. Bagi yang lebih muda, anda boleh mencuba futsal ataupun floorball.

Terapkanlah semua ini dalam gaya hidup anda demi kesejahteraan anda sendiri. Anda akan dapat rasakan perubahan besar dalam tahap kesihatan anda. Anda juga akan lebih cergas dan ceria! Seperti AP Amrin Amin di sini. Baik dalam soal menjaga kesihatan ataupun pemakanan, biarlah kita, “Berpahit-pahit dahulu, bermanis-manis kemudian.” Tetapi jangan terlalu manis ya. Baik sihat-sihat kemudian! Dengan gaya hidup dan pemakanan yang sihat, barulah kita boleh menghayati pantun: “Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati!”

Topik ketiga pada malam ini ialah Negara Bijak. Kita sedang merancakkan ekonomi negara. Kita ingin menggunakan IT sepenuhnya untuk mencipta peluang dan pekerjaan bagi semua rakyat Singapura.

Masa depan generasi muda kita cerah. Ramai pelajar Melayu di universiti, politeknik dan ITE sedang mengikuti pelbagai kursus teknikal. Kursus seperti kejuruteraan sofwe, sains data dan seni digital akan menjamin peluang yang baik dalam ekonomi baru.

Bagi mereka yang sudah bekerja, Pemerintah akan menyokong anda untuk tingkatkan diri melalui SkillsFuture. Contohnya, Encik Kamarudin Osman, yang dulunya pengurus serantau sokongan IT di sebuah MNC. Beliau diberhentikan kerja dua tahun lalu, dan kemudian belajar sendiri tentang keselamatan siber – satu bidang baru. Kini beliau bekerja sebagai konsultan keselamatan IT di Singtel. Syabas Kamarudin!

Kita menarik syarikat teknologi untuk melabur di Singapura seperti Facebook, Google dan Amazon. Kita juga ada banyak syarikat pemula atau startup milik rakyat Singapura sendiri. Launchpad @ Block 71 rancak dengan pelbagai aktiviti. Begitu juga ruang inkubator, Common Space, milik AMP, atau Angkatan Karyawan Islam.

Saya gembira kerana semakin ramai anak muda Melayu memanfaatkan IT dan memulakan syarikat-syarikat baru di pelbagai sektor. Contohnya, Syafiq Yusoff. Beliau tidak tamat sekolah. Selepas Perkhidmatan Negara, beliau bekerja sebagai jurulatih peribadi. Kemudian beliau mengasaskan Riverwood, sebuah syarikat logistik, dengan 2 van dan 4 pekerja sahaja. Syafiq sedar saingan dalam bidang itu hebat. Tetapi beliau kuatkan tekad, bekerja keras dan sama-sama turun padang membuat penghantaran seperti para pekerjanya. Dengan manfaatkan teknologi, Syafiq menaik-taraf operasinya. Di bawah pimpinannya, Riverwood berkembang maju. Apabila Amazon Prime Now mulakan operasi di Singapura, Riverwood terpilih sebagai rakan logistiknya. Riverwood sekarang ada 120 pekerja berbilang kaum dan masih berkembang!

Riverwood dan Syafiq adalah contoh kisah kejayaan masyarakat Melayu dalam ekonomi baru kita. Saya yakin lebih ramai orang Melayu dapat merebut pelbagai peluang yang tersedia, sama ada sebagai usahawan, karyawan mahupun teknisyen.

Saudara saudari, ketiga-tiga isu yang saya sentuh – pendidikan prasekolah, kencing manis dan Negara Bijak – melibatkan masa depan semua rakyat Singapura.

Saya gembira bahawa masyarakat Melayu terlibat sepenuhnya dalam usaha kita untuk membina Singapura yang bersedia bagi mengharungi masa hadapan.

Iltizam ini akan memacu kita mencatat kemajuan dan mengatasi cabaran bersama-sama sebagai satu masyarakat yang utuh. Itulah visi Presiden pertama kita, Encik Yusof Ishak, 50 tahun lalu. Jika beliau ada bersama kita hari ini, tentu beliau gembira melihat perkembangan dan kemajuan kita.

Saudara saudari, tidak lama lagi, jika semuanya berjalan lancar, seorang lagi warga Melayu yang berwibawa, bakal menjadi Presiden baru kita.

Saya harap beliau akan membawa penghormatan dan kecemerlangan kepada institusi Presiden, dan akan disayangi serta dikenang rakyat Singapura, sama seperti Encik Yusof Ishak.

Inilah yang akan memperkukuhkan keharmonian kaum, rasa bangga dan cinta kita menjadi rakyat Singapura. Inilah yang akan membolehkan kita bekerjasama dengan lebih erat lagi bagi menghadapi apa juga cabaran yang melanda. Dan inilah juga yang akan membantu kita berkembang maju bersama-sama sebagai satu rakyat, satu Singapura.

Terima kasih.

* * * * * * * *

NATIONAL DAY RALLY 2017 (MALAY SPEECH WITH ENGLISH DUB + SIGN LANGUAGE)


English Outline of National Day Rally 2017 Malay Speech

My fellow Singaporeans, Happy National Day!

The National Day Rally today is a chance for me to speak about issues that concern our future. This year, I will talk about three national issues: Raising the standards of preschools, fighting diabetes, and shaping a Smart Nation. 

These are long term issues, but we need to lay the foundations now, so that we can benefit in the future.

Preschool

First, preschool, which covers infant care and education for children under 6 years old. Preschool is important for children to help them develop cognitively, emotionally and socially, and also enable them to reach their full potential -- in school, at work, and in life. 

From a broader perspective, a good preschool system will enable every person to compete fairly in our meritocracy, and every citizen to benefit from Singapore’s progress, so Singapore can be a society of opportunities and hope for everyone.

That is why I am glad that more Malay children now attend preschool, which is also why the Government is raising the quality of preschools, and keeping them affordable.

We are creating more preschool places, including in infant care and nursery classes. This will help parents who both work, but cannot leave their children at home or with grandparents.

We will also provide preschool teachers with better training and careers. For example, Nuraslinda Safaruan. Nuraslinda worked as a preschool teacher after obtaining a diploma in early childhood. After several years, she was promoted to senior teacher. For a time, she left the preschool sector to become a stewardess. But she realised she loved children, so returned to teaching pre-schoolers last year. She is now working at My First Skool as its deputy centre lead. With good teachers like Nuraslinda, our children will get a good head start in life and parents will have ease of mind.

Diabetes

Next let me talk about diabetes. This is a serious health problem. 10 per cent of Singaporeans have diabetes. What is more alarming, 17 percent of Malays have diabetes. One reason is obesity, which is also more prevalent among Malays.

Once you get diabetes, it is for life. The disease can only be managed. And if it is not controlled properly, it can lead to complications and endanger your life.

Malay/Muslim organisations have been working with MOH to spread the message about diabetes. For example, mosques are promoting healthy lifestyle and better understanding of diabetes. So is the People’s Association, with MESRA taking the lead.

But Government can only do so much. It is up to each of us. If you watch your lifestyle and diet, you can avoid diabetes. And if you already have diabetes, you can manage the illness better. Act fast so that you will not regret later (Malay idiom: sebelum nasi menjadi bubur).

I suggest two things you can do: First, please watch what you eat and drink. I know Malay food is tasty because it is lemak (rich). Unfortunately, the richness comes from coconut milk and sugar. I love dodol, and I also love ondeh-ondeh. But my doctor would surely scold me if I eat too much and would tell me to eat less. It is practical advice: Eat less rather than not eat at all.

When we cook, even if we use less santan or sugar, we can still get a tasty result. For example, curry is still delicious if we use evaporated milk instead of coconut milk. Also, look for healthier options when you eat out. 

I visited the food court at Our Tampines Hub early this month. All stalls have at least one dish that is a healthy choice. For example, Madam Salama Salim’s popular soto ayam. She told me that she does not sauté the ingredients but boils them instead. She uses less salt and no preservatives at all. A bowl of her low calorie soto ayam is only $2.80. Cheap and nutritious! So to prevent diabetes, we must watch what we eat.

Besides watching our diet, we should also be more active by exercising more. Doctors recommend 150 minutes of exercise per week, or 20 minutes a day, which is not difficult. By doing activities that you enjoy, it will not seem like a chore. You can brisk walk, or do aquarobics with friends. For youths, perhaps futsal or floorball.

Make these adjustments to your lifestyle, for your own sake. They will make a big difference to your health. You will feel fitter and more cheerful! Let’s be guided by the Malay saying: “Berpahit-pahit dahulu, bermanis-manis kemudian.” [Accepts bitterness first so as to have sweetness later.] But not too sweet please, so that we can remain healthy. By having a healthy lifestyle and diet, we can fully appreciate the pantun: “Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati!” [Full stomach (of healthy nutritious food) makes a happy heart.]

Smart Nation

My third topic tonight is Smart Nation. We are building a vibrant economy, and we want to make full use of IT to create opportunities and jobs for all.

The future is bright for our younger generation. Many Malay students in our universities, polytechnics and ITEs are doing technical courses. Courses such as software engineering, data science and digital art will stand them in good stead in the new economy.

For those who are already working, the Government will support you to upgrade yourself and retrain, through SkillsFuture. For example, Kamarudin Osman was a regional IT support manager at an MNC. He was retrenched in 2015, and he decided to teach himself in a new area: cybersecurity. Now he works as an IT security consultant in SingTel. Congratulations, Kamarudin!

We are attracting multinational technology companies to Singapore – for example, Facebook, Google, and Amazon. We also have many startups, often launched by Singaporeans. Launchpad@Block 71 is buzzing with activity, and AMP’s incubator, Common Space, is full.

We are happy to see many more young Malays taking advantage of IT and starting new companies in various sectors. For example, Syafiq Yusoff. He dropped out of school, and worked as a personal trainer after NS. He then set up Riverwood, a logistics company with only 2 vans and 4 workers. Syafiq knew logistics was a tough sector, but he persevered, often joining his workers to make deliveries. Syafiq also upgraded his operations by using technology. Under his leadership, Riverwood grew. When Amazon Prime Now set up in Singapore, they engaged Riverwood as its logistics partner. His company now employs 120 workers of all races and it is still growing!

Riverwood and Syafiq are just one among many Malay success stories in our new economy. I am confident many more Malays will be able to seize these new opportunities, be it as entrepreneurs, professionals, or technicians.

Conclusion

These three issues I talked about -- preschools, diabetes and Smart Nation -- concern the future of all Singaporeans. I am glad that the Malay community is participating fully in our efforts to build a better Singapore.

Our collective resolve will enable us to tackle the challenges we face and progress together as one united people. This was what our first President, Encik Yusok Ishak, envisioned 50 years ago. If he were alive today, he would be happy to see how much progress we have made.

My fellow Singaporeans, soon, if all goes well, another distinguished Malay Singaporean will become our next President. I hope he or she will bring as much distinction and honour to the office, and be as well-loved and remembered by Singaporeans, as Encik Yusof Ishak was.

Our multiracial presidency will strengthen our racial harmony, and our pride in and love of Singapore. It will enable us to work even closer together to face whatever challenges that may come our way, so we can thrive and progress as one people, one Singapore.

Thank you.

 

TOP