National Awards (COVID-19) Investiture Citations (Malay)


THE MERITORIOUS SERVICE MEDAL (COVID-19)
[Pingat Jasa Gemilang (COVID-19)]


1. MAK SECK WAI KENNETH
Mantan Pengarah Perkhidmatan Perubatan,
Kementerian Kesihatan

Pengarah Kesihatan Negara

PUJI-PUJIAN

Selaku ketua penasihat perubatan Pemerintah, Profesor Mak Seck Wai Kenneth telah memberikan nasihat bernas kepada Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) dan agensi-agensi Pemerintah. Beliau menjadi seorang tokoh dipercayai yang biasa dilihat ramai semasa sidang-sidang media MTF. Sikap profesional serta ketenangan yang beliau tonjolkan, telah membuat orang awam lebih yakin dan percaya terhadap cara Pemerintah menangani pandemik.

Selaku Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Prof Mak telah menyelia cara sektor kesihatan awam bertindak terhadap penularan COVID-19 dan sama-sama mengetuai Pasukan Bertindak Kontingensi Kementerian Kesihatan dalam melakarkan strategi kesihatan awam Singapura bagi menangani pandemik. Ini termasuk program vaksinasi nasional, protokol klinikal dan bimbingan operasi yang disediakan kepada hospital- hospital dan klinik-klinik perubatan, serta protokol kesihatan bagi orang awam. Paling penting sekali, Prof Mak telah menyelia usaha penambahan kemudahan penjagaan kesihatan dan ansilari.

Atas sumbangan luar biasa beliau kepada kejayaan Singapura dalam menangani pandemik COVID-19, Profesor Mak Seck Wai Kenneth dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (COVID-19).


THE MERITORIOUS SERVICE MEDAL (COVID-19)
[Pingat Jasa Gemilang (COVID-19)]


2. PANG KIN KEONG
Setiausaha Tetap,
Kementerian Ehwal Dalam Negeri

Pengerusi,
Kumpulan Eksekutif Krisis Dalam Negeri

PUJI-PUJIAN

Selaku Pengerusi Kumpulan Eksekutif Krisis Dalam Negeri, Encik Pang Kin Keong telah menyelaraskan cara Seluruh Pemerintah (Whole-of-Government) bertindak terhadap COVID-19. Beliau merupakan tunggak sokongan kepada kepimpinan politik dalam Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian serta seluruh sektor Perkhidmatan Awam. Beliau menonjolkan gaya kepimpinan yang tenang meskipun dalam keadaan penuh tekanan. Beliau turut membantu menggerakkan pelbagai agensi dalam sektor awam, dan telah mengajak rakan-rakan kerjasama dalam sektor swasta dan masyarakat, untuk sama-sama menggembleng tenaga demi membentuk tindak balas Seluruh Masyarakat terhadap pandemik.

Gaya kepimpinan penuh inspirasi Encik Pang juga merupakan antara sebab utama yang telah membantu sektor awam membuat persiapan awal bagi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi negara semasa krisis tersebut, bertindak pantas terhadap ancaman yang kompleks, melakarkan pelan tindakan bagi pelbagai peringkat pandemik, dan secara umumnya membolehkan Singapura berada di hadapan walau melalui pelbagai liku dalam trajektori COVID-19.

Atas sumbangan luar biasa beliau kepada kejayaan Singapura menangani pandemik COVID-19, Encik Pang Kin Keong dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (COVID-19).


THE MERITORIOUS SERVICE MEDAL (COVID-19)
[Pingat Jasa Gemilang (COVID-19)]


3. TAN CHONG MENG
Ketua Pasukan Bertindak Kemudahan Penjagaan Masyarakat,
Kumpulan Kerja COVID-19 Temasek

Ketua Pegawi Eksekutif Kumpulan,
PSA International

PUJI-PUJIAN

Selaku Ketua Pegawi Eksekutif Kumpulan, PSA International, Encik Tan Chong Meng memainkan peranan penting dalam memastikan rantaian bekalan Singapura mampu bertahan meskipun berhadapan dengan gangguan global dan tempatan disebabkan pandemik COVID-19.

Beliau telah merombak operasi kargo PSA supaya rantaian bekalan dapat terus berjalan. Beliau juga mengetuai penubuhan beberapa kemudahan kesihatan kecemasan semasa awal pandemik, termasuk Kemudahan Penjagaan Masyarakat di Changi Expo dan kapal penginapan di Terminal Tanjong Pagar. Selain itu, beliau turut memimpin PSA untuk mempermudahkan kemasukan para pekerja hijrahan dengan selamat bagi sektor-sektor penting.

Encik Tan juga merupakan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh dengan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee. Pasukan Bertindak tersebut ditubuhkan bagi mengenal pasti trend-trend utama yang timbul ekoran COVID-19 dan mempersiapkan Singapura untuk pemulihan dari segi ekonomi dan sosial.

Atas sumbangan penting beliau kepada pelbagai usaha Singapura bertindak terhadap pandemik, Encik Tan Chong Meng dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (COVID-19).


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


4. JANADAS DEVAN
Mantan Ketua Perhubungan Pemerintah,
Kementerian Perhubungan dan Penerangan

Penasihat Kanan (Perhubungan Pemerintah),
Kementerian Perhubungan dan Penerangan

Timbalan Setiausaha,
Pejabat Perdana Menteri

PUJI-PUJIAN

Encik Janadas Devan memainkan peranan penting dalam memimpin usaha komunikasi Keseluruhan Pemerintah semasa pandemik COVID-19. Beliau memimpin Kumpulan Penerangan Kementerian Perhubungan dan Penerangan untuk memahami dan menyediakan komunikasi yang sesuai dan tepat pada masanya menerusi pelbagai wadah media dalam berbilang bahasa, bagi mendorong tabiat yang wajar semasa pandemik. Ketepatan dan ketelusan perhubungan awam semasa krisis menyumbang kepada kepercayaan dan keyakinan awam terhadap respons COVID-19 Pemerintah.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


5. SEET UEI LIM
Mantan Komander,
Pasukan Bertindak Bersama (Jaminan),
Angkatan Bersenjata Singapura

Komander,
Komand Pertahanan Digital,
Angkatan Bersenjata Singapura

PUJI-PUJIAN

BG Seet Uei Lim berjaya memimpin Pasukan Bertindak Bersama (Jaminan). Terdiri daripada pegawai dari Kementerian Pertahanan/ Angkatan Bersenjata Singapura, Home Team, Kementerian Kesihatan, Kementerian Tenaga Manusia dan agensi-agensi awam lain, pasukan bertindak itu instrumental dalam memastikan pekerja hijrahan selamat semasa pandemik. Pasukan BG Seet menilai situasi di dormitori pekerja hijrahan, menggerakkan sumber-sumber dengan pantas, dan menyediakan penjagaan kesihatan penting serta khidmat-khidmat lain dan menyokong lebih 100,000 pekerja yang terjejas.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


6. DINESH VASU DASH
Pengarah Kumpulan (Strategi dan Operasi Krisis),
Kementerian Kesihatan

PUJI-PUJIAN

Encik Dinesh Vasu Dash memimpin operasi kesemua aspek bukan klinikal berhubung pengurusan kes COVID-19 sepanjang pelbagai gelombang pandemik, memantau fungsi-fungsi kritikal daripada pengesanan kontak kepada kuarantin, ujian dan pengasingan hingga ke pemulihan di rumah. Beliau merupakan orang utama dalam melakarkan konsep serta melaksanakan operasi program vaksinasi COVID-19 nasional. Beliau juga membantu melaksanakan pelbagai konsep dan teknologi inovatif, termasuk memperkenalkan khidmat tele-perubatan ke dalam arus utama.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


7. FONG KOK YONG
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,
Khidmat Perubatan & Klinikal,
Khidmat Kesihatan Singapura

PUJI-PUJIAN

Profesor Fong Kok Yong memastikan pesakit SingHealth dapat terus memperoleh penjagaan kritikal, meskipun ia berada di barisan hadapan melawan COVID-19. Sebagai Pengerusi Lembaga Perubatan bagi Kemudahan Penjagaan Masyarakat MOH, dan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ubat-ubatan Penguasa Sains Kesihatan, beliau memimpin usaha COVID-19 bagi silang agensi dalam tadbir urus dan dasar klinikal. Beliau melakarkan amalan dan pembaharuan klinikal bagi memastikan piawaian tinggi dalam penjagaan pesakit serta keselamatan kakitangan.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


8. IVY NG SWEE LIAN
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,
Khidmat Kesihatan Singapura

PUJI-PUJIAN

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SingHealth dan Pengerusi Pasukan Bertindak Jangkitan Penyakit SingHealth, Profesor Ivy Ng Swee Lian menyediakan kepimpinan dan bimbingan dalam menghasilkan dan mengarahkan strategi, dasar dan operasi SingHealth semasa pandemik. Beliau memberi inspirasi dan menyatukan institusi serta kakitangan SingHealth, dan menggerakkan sumber-sumber klinikal, operasi, tenaga manusia dan prasarananya bagi menyokong usaha COVID-19 Pemerintah.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


9. LEO YEE-SIN
Pengarah Eksekutif,
Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit,
Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional

PUJI-PUJIAN

Profesor Leo Yee-Sin menyediakan kepimpinan penuh inspirasi kepada Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit. Pusat tersebut berada di barisan hadapan pengurusan COVID-19, membantu Kementerian Kesihatan membuat keputusan dasar berasaskan bukti bagi melindungi rakyat Singapura semasa pandemik. Beliau memastikan terdapat kolaborasi kukuh antara pasukan klinikal, kesihatan awam, kajian dan latihan. Beliau juga mempengerusikan Kumpulan Kerja Kajian COVID-19, yang melaksanakan langkah- langkah bermakna dalam memahami penyakit tersebut. Usaha tersebut penting bagi membangunkan rawatan dan vaksin.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


10. ONG KIAN CHUNG BENJAMIN
Pengerusi,
Penguasa Sains Kesihatan

Penasihat Kanan Kementerian Kesihatan bagi Pandemik COVID-19

Naib Presiden Kanan (Pendidikan & Sumber Kesihatan),
Universiti Nasional Singapura

Konsultan Kanan,
Divisyen Neurologi,
Hospital Universiti Nasional,
Sistem Kesihatan Universiti Nasional

PUJI-PUJIAN

Profesor Ong Kian Chung Benjamin merupakan anggota utama pasukan kepimpinan COVID-19 di Kementerian Kesihatan. Beliau mempengerusikan Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi COVID-19, yang membangunkan saranan yang membentuk strategi vaksinasi dan penggalak nasional Singapura. Beliau juga memainkan peranan penting sebagai pakar utama dalam pelbagai kumpulan perancangan COVID-19 lain – termasuk kumpulan-kumpulan yang memeriksa ujian, vaksin, terapeutik, perlindungan bagi warga senja, Langkah-langkah Pengurusan Selamat dan strategi keluar.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


11. PHILIP CHOO WEE JIN
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,
Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (Ibu Pejabat)

PUJI-PUJIAN

Profesor Philip Choo Wee Jin memainkan peranan besar dalam mengatur sumber-sumber Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional untuk menyokong Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian. Beliau bekerjasama dengan pelbagai institusi bagi menyediakan sokongan perubatan kepada pekerja hijrahan di dormitori. Beliau juga memantau pembangunan Kemudahan Rawatan COVID-19 (CTF) yang pertama, yang kemudian menjadi model dan rangka tindakan bagi CTF yang selanjutnya. Prof Choo memberi inspirasi kepada kakitangannya dan memperkenalkan banyak inisiatif untuk menyokong mereka secara fizikal dan mental.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


12. TAN CHORH CHUAN
Ketua Saintis Kesihatan,
Kementerian Kesihatan

Pengarah Eksekutif,
Pejabat Transformasi Penjagaan Kesihatan MOH

PUJI-PUJIAN

Sebagai Ketua Saintis Kesihatan Kementerian Kesihatan, Profesor Tan Chorh Chuan menyelaraskan kajian nasional yang menjadi asas kepada dasar-dasar kesihatan awam semasa pandemik. Usaha-usaha kajian menjangkaui epidemiologi, penjalaran, imuniti yang disebabkan jangkitan dan vaksin, pembangunan ujian diagnostik yang dipercepatkan, dan ujian klinikal terapeutik dan vaksin. Beliau juga menyelaraskan projek-projek kajian untuk memahami dan melawan virus dengan lebih baik, serta mengenal pasti ujian diagnostik, vaksin dan terapeutik yang lebih baik dalam usaha melawan COVID-19.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


13. TAN HEE TECK
Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif,
Resorts World at Sentosa Pte Ltd

PUJI-PUJIAN

Encik Tan Hee Teck memimpin pasukan Resorts World dalam melaksanakan operasi dan mengurus Kemudahan Penjagaan Masyarakat yang pertama seumpamanya di Singapore Expo. Usaha pantas untuk memperluaskan keupayaan penjagaan penting bagi mengurus jangkitan di dormitori yang semakin merebak dan mencegah hospital daripada menjadi sesak. Kepintaran, pandangan jauh dan kepimpinan beliau instrumental dalam membantu Singapura menangani tempoh pandemik yang paling buruk. Tugas yang beliau lakukan juga menjadi contoh bagi kemudahan serupa yang lain.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


14. VERNON LEE JIAN MING
Pengarah Kanan (Divisyen Penyakit Berjangkit),
Kementerian Kesihatan

PUJI-PUJIAN

Profesor Vernon Lee Jian Ming merupakan penasihat utama dan tunggak sokongan kepada Kabinet, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian dan beberapa agensi Pemerintah sepanjang pandemik. Beliau memainkan peranan utama dalam pengurusan pandemik COVID-19 Singapura, termasuk membangunkan protokol pengurusan kes, pengesanan kontak dan sistem kuarantin, serta Langkah-langkah Pengurusan Selamat bagi masyarakat dan mengikut status vaksinasi. Beliau juga menasihati agensi-agensi tentang pengurusan selamat dan pembukaan semula pelbagai sektor.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


15. WONG HEANG FINE
Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,
Surbana Jurong Consultants Pte Ltd

PUJI-PUJIAN

Encik Wong Heang Fine memimpin pasukan yang menubuhkan Kemudahan Penjagaan Masyarakat di Singapore Expo dan Big Box. Mereka berdepan dengan latar belakang yang mencabar di mana terdapat kekurangan pekerja hijrahan, gangguan pada rangkaian bekalan dan kesuntukan masa. Kebijaksanaan beliau telah membolehkan pasukannya membina kemudahan yang pertama seumpamanya, yang menjadi perkara utama dalam menangani penularan wabak di dalam dormitori.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


16. YEOH KHAY GUAN
Ketua Eksekutif,
Sistem Kesihatan Universiti Nasional

Perunding Kanan,
Divisyen Gastroenterologi dan Hepatologi,
Hospital Universiti Nasional,
Sistem Kesihatan Universiti Nasional,
Kementerian Kesihatan

PUJI-PUJIAN

Di bawah kepimpinan Profesor Yeoh Khay Guan, Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) menyediakan sokongan kukuh terhadap usaha-usaha nasional bagi mengurus pandemik. Kemudahan Penjagaan Masyarakat NUHS telah mengembangkan keupayaan bagi penjagaan pesakit. NUHS juga memperluaskan keupayaan ujian COVID-19 nasional, dan melancarkan pembaharuan dalam penyediaan penjagaan kesihatan bagi menangani keterbatasan pandemik. Sebagai Ketua Eksekutif, Prof Yeoh memastikan keselamatan, kebajikan dan moral kakitangannya baik sepanjang krisis, dan mempermudahkan peralihan kepada keadaan endemik COVID-19.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


17. SIM WAI MENG MARVIN
Pesuruhjaya,
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan,
Kementerian Ehwal Dalam Negeri

PUJI-PUJIAN

Encik Sim Wai Meng Marvin memimpin Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam menguruskan dasar-dasar dan operasi sempadan yang kompleks semasa pandemik COVID-19. ICA perlu menangani risiko kemasukan COVID-19 ke Singapura, di samping mempermudahkan perjalanan penting dan pergerakan bekalan penting. Encik Sim juga memainkan peranan utama bagi memacu beberapa langkah besar COVID-19 demi melindungi kesihatan awam – seperti Rejim Notis Jangan Keluar Rumah dan Pejabat Perjalanan Selamat – yang mempunyai kesan meluas seluruh negara.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


18. TEE CHONG FUI SAM
Mantan Setiausaha Berselang,
Kumpulan Eksekutif Krisis Dalam Negeri

Mantan Pengarah Kanan,
Kumpulan Operasi Bersama,
Kementerian Ehwal Dalam Negeri

Pengarah,
Biro Narkotik Pusat,
Kementerian Ehwal Dalam Negeri

PUJI-PUJIAN

Encik Tee Chong Fui Sam memimpin Sekretariat Kumpulan Eksekutif Krisis Dalam Negeri (HCEG) dengan baik untuk menyokong HCEG dan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian. Sekretariat tersebut memainkan peranan penting dalam menyelaraskan tindak balas Keseluruhan Pemerintah terhadap pandemik COVID-19. Ini termasuk kerjasama dengan banyak agensi untuk merancang dan memantau perlaksanaan dasar-dasar COVID-19, dan melancarkan isu-isu operasi. Encik Tee merupakan pelekat yang menghubungkan dan menyatukan semua pihak bersama.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


19. PATRICK ANG PENG KOON
Rakan Pengurus,
Rajah & Tann Singapore LLP

PUJI-PUJIAN

Encik Patrick Ang Peng Koon menunjukkan penjagaan terbaik terhadap kesejahteraan masyarakat dan memimpin usaha-usaha besar dalam sektor guaman yang menyumbang secara ketara kepada usaha Singapura memerangi COVID-19. Beliau menyediakan kepakaran dan bimbingan yang berguna dalam melakarkan undang- undang yang tidak pernah dilaksanakan, termasuk Rangka Kerja Pelepasan Sewa yang menyediakan pelepasan kepada perniagaan dan individu yang mana kehidupan mereka terjejas oleh pandemik.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


20. SUSHIL NAIR
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif,
Drew & Napier LLC

PUJI-PUJIAN

Encik Sushil Nair menunjukkan penjagaan terbaik terhadap kesejahteraan masyarakat semasa usaha memerangi COVID-19. Beliau menyediakan bimbingan dan saranan yang berguna mengenai perundangan kecemasan bagi menyediakan pelepasan kepada perniagaan yang terjejas dengan pandemik. Undang-undang ini — seperti pelepasan sementara terhadap penguatkuasaan kewajipan kontrak dan Rangka Kerja Pelepasan Sewa — membantu menstabilkan perniagaan dan mengekalkan pekerjaan dan kehidupan.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


21. CHAM HUI FONG
Timbalan Setiausaha Agung,
Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan

PUJI-PUJIAN

Cik Cham Hui Fong memimpin pasukannya untuk bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura berhubung langkah-langkah baru di tempat kerja semasa pandemik COVID-19. Beliau menyediakan kepimpinan dan bimbingan bagi kesatuan dan pekerja, dan memastikan kedudukan dasar-dasar tiga pihak adil untuk pekerja dan majikan. Beliau juga mendapatkan sokongan ramai bagi kedudukan dasar-dasar ini, agar kesatuan dan majikan mampu bekerjasama untuk memastikan kemampanan perniagaan dan juga mata pencarian.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


22. SIM GIM GUAN
Pengarah Eksekutif,
Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura

PUJI-PUJIAN

Encik Sim Gim Guan memimpin pasukan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura untuk bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan bagi beberapa langkah baru di tempat kerja semasa pandemik COVID-19. Beliau memastikan kedudukan dasar-dasar tiga pihak mampu menjawab keprihatinan tenaga manusia para majikan dan menggalak kerjasama antara majikan dan pekerja. Kepimpinan beliau penting dalam menyatukan majikan untuk menyokong kedudukan tiga pihak, agar majikan dan pekerja mampu bekerja bersama demi mengekalkan mata pencarian semasa pandemik.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


23. ANITA FAM SIU PING
Presiden,
Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan

PUJI-PUJIAN

Cik Anita Fam Siu Ping memimpin usaha Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan untuk menyokong sektor khidmat sosial semasa pandemik. Beliau memulakan Dana Invictus, yang membantu lebih 90 agensi khidmat sosial mengekalkan kesambungan perniagaan dan pada masa sama merubah operasi mereka untuk menyampaikan khidmat-khidmat kritikal kepada mereka yang memerlukan. Cik Fam juga memimpin Pasukan Bertindak Selepas COVID-19 bagi memperkukuhkan ketahanan sektor khidmat sosial dalam era pasca-pandemik di Singapura.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


24. PHILLIP TAN ENG SEONG
Mantan Pengerusi,
Dana Masyarakat

PUJI-PUJIAN

Mantan Pengerusi Dana Masyarakat (ComChest), Encik Phillip Tan Eng Seong menyatukan penderma dan rakan kongsi untuk membantu mencapai matlamat khidmat sosial semasa pandemik. Pada 2020, beliau memimpin ComChest untuk mengumpulkan jumlah rekod $87 juta, di mana $31 juta diperuntukkan bagi matlamat yang berkait dengan COVID. Ini termasuk Dana Invictus yang menyokong sambungan perniagaan bagi lebih 90 agensi khidmat sosial, dan Dana Keberanian, yang menyokong lebih 42,000 keluarga berpendapatan rendah, serta pekerja penjagaan kesihatan dan barisan hadapan yang terjejas oleh COVID-19.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


25. SYED FIDAH BIN ISMAIL ALSAGOFF
Ketua Bersama,
Kumpulan Pembangunan Perusahaan (Singapura) &
Ketua, Sains Hayat,
Temasek International Pte Ltd

PUJI-PUJIAN

Selaku Ketua Sains Hayat Temasek dan Ketua Bersama, Kumpulan Pembangunan Perusahaan, Dr Syed Fidah Bin Ismail Alsagoff menyelaraskan usaha Temasek untuk menyokong Singapura memerangi COVID-19. Beliau bekerja rapat dengan pemegang taruh dan rakan kongsi utama dalam sektor awam, swasta dan masyarakat untuk memastikan inisiatif-inisiatif Temasek dalam ujian dan diagnosis, pembendungan dan pengesanan kontak, penjagaan dan rawatan, perlindungan dan pencegahan, serta pembolehan, membantu masyarakat kita semasa pandemik.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


26. LEE SEOW HIANG
Ketua Pegawai Eksekutif,
Changi Airport Group

PUJI-PUJIAN

Encik Lee Seow Hiang memimpin usaha seluruh lapangan terbang menangani COVID-19, yang telah menjejas teruk sektor penerbangan. Di bawah kepimpinan beliau, Changi Airport Group mengubah operasi dan proses lapangan terbang untuk disesuaikan dengan langkah-langkah kesihatan awam dan sempadan yang ketat. Hubungan rapat beliau dengan masyarakat lapangan terbang dan kesatuan merupakan faktor penting untuk menggembleng sokongan, di samping memastikan lapangan terbang dapat terus dibuka bagi perkhidmatan dan perjalanan penting udara.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


27. LIEW KIAH ENG MARY
Setiausaha Agung,
Kesatuan Pegawai Maritim Singapura

Presiden,
Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan

PUJI-PUJIAN

Cik Liew Kiah Eng Mary memainkan peranan utama dalam usaha menggembleng anggota kesatuan untuk menyokong dasar-dasar COVID-19 – terutama inisiatif-inisiatif Pasukan Bertindak Dana Ketahanan Gabungan Tiga Pihak Perkapalan Singapura seperti audit kemudahan kuarantin dan vaksinasi para pelaut. Beliau membawa masuk pertubuhan antarabangsa seperti Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa dan Majlis Majikan Maritim Antarabangsa untuk mendapatkan sokongan industri bagi susunan langkah kuarantin para pelaut.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


28. YANG YUEN TSYR, CAROLINE
Pengerusi,
Pasukan Bertindak Dana Ketahanan Gabungan Tiga Pihak Perkapalan Singapura

Presiden,
Persatuan Perkapalan Singapura

PUJI-PUJIAN

Cik Yang Yuen Tsyr, Caroline memimpin Pasukan Bertindak Dana Ketahanan Gabungan Tiga Pihak Perkapalan Singapura bagi menyokong negara-negara dalam mengamalkan langkah-langkah terbaik semasa pertukaran kru. Beliau mengerahkan Persatuan Perkapalan Singapura dan sumber-sumber industri untuk melaksanakan beberapa inisiatif, termasuk audit kemudahan kuarantin, melakarkan protokol bagi pertukaran kru pelaut dan vaksinasi pelaut. Kepimpinan beliau juga membolehkan Singapura diiktiraf sebagai peneraju dalam masyarakat perkapalan global semasa tempoh penuh mencabar ini.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


29. SAMUEL NAG TSIEN
Mantan Pengerusi,
Persatuan Bank Singapura

PUJI-PUJIAN

Sebagai Pengerusi Persatuan Bank Singapura dari 2019 hingga 2021, Encik Samuel Nag Tsien memimpin persatuan itu bagi menyediakan sokongan penting terhadap langkah-langkah pelepasan pemerintah dan industri kewangan, yang membantu mengurangkan tekanan kewangan ke atas individu dan perniagaan semasa pandemik COVID-19.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


30. CHONG WEE CHEONG
Penaung,
Jawatankuasa Perundingan Rakyat Chua Chu Kang

PUJI-PUJIAN

Encik Chong Wee Cheong bekerja rapat dengan para peniaga semasa pandemik bagi memudahkan perlaksanaan Langkah-langkah Pengurusan Selamat di pasar- pasar di Chua Chu Kang. Beliau juga memainkan peranan penting dalam pengusulan penempatan semula gerai-gerai pasar buat sementara waktu yang membolehkan para peniaga meneruskan perniagaan mereka, di samping memastikan para pengunjung dan pemilik gerai kekal selamat. Selain itu, beliau menggalak para peniaga untuk menerima pilihan pembayaran digital, seperti Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


31. CHUA KIAN MENG, JP
Pengerusi,
Jawatankuasa Perundingan Rakyat Potong Pasir

PUJI-PUJIAN

Encik Chua Kian Meng, Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat Potong Pasir sejak 2002, telah berkhidmat untuk para penduduk menerusi pelbagai cara sepanjang pandemik COVID-19. Ini termasuk memulakan kunjungan ke rumah bagi menggalak warga emas untuk mendapatkan vaksinasi, menghantar barangan dapur kepada para penduduk yang menjalani kuarantin, dan mendekati para penduduk untuk memeriksa kesejahteraan fizikal dan mental mereka.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


32. KENNY SIM MONG KEANG
Pengerusi,
Jawatankuasa Perundingan Rakyat Bukit Timah

PUJI-PUJIAN

Dr Kenny Sim Mong Keang, seorang pemimipin akar umbi yang amat berpengalaman, telah menerajui beberapa inisiatif utama bagi menyokong dan menjaga masyarakat semasa pandemik. Ini termasuk pengagihan makanan, pek penjagaan, cecair pembasmi kuman dan pelitup kepada penduduk yang lebih terdedah, para penjaja dan pekerja warga asing. Beliau juga membantu golongan warga emas yang memerlukan bantuan, termasuk membuat persiapan pengebumian bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang anggota keluarga.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


33. QUAH POH KENG, DON
Penaung,
Jawatankuasa Perundingan Rakyat Kembangan- Chai Chee

PUJI-PUJIAN

Encik Quah Poh Keng, Don, seorang pemimpin akar umbi yang telah berkhidmat bersama masyarakat sejak 2005, banyak membantu menyokong keluarga berpendapatan rendah yang terjejas dengan pandemik COVID-19. Beliau terlibat secara aktif dalam pengagihan pakej-pakej penjagaan kepada lebih 1,000 keluarga yang terjejas dengan COVD-19 di Kembangan-Chai Chee dan kawasan-kawasan lain.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


34. TAN MENG, JP
Pengerusi Kehormat,
Jawatankuasa Perundingan Rakyat Nee Soon East

PUJI-PUJIAN

Encik Tan Meng, seorang pemimpin akar umbi veteran, menyelaraskan dan melaksanakan inisiatif nasional dan tempatan bagi para penduduk Nee Soon East semasa pandemik COVID-19. Ini termasuk menyediakan keperluan penjagaan kesihatan kepada para penduduk yang lebih terdedah, bekalan pensanitasi tangan dalam lif bagi 163 blok HDB selama enam bulan, mengunjungi rumah-rumah warga emas secara kerap untuk menggalak mereka mendapatkan vaksinasi, dan menyediakan bantuan kewangan yang tepat pada masanya kepada mereka yang hilang pekerjaan.


THE PUBLIC SERVICE STAR (COVID-19)
[Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19)]


35. TOH KOK WEE
Pengerusi,
Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat Teck Ghee

PUJI-PUJIAN

Encik Toh Kok Wee, Pengerusi Bersama Pasukan Bertindak Penjagaan Teck Ghee, memainkan peranan penting dalam menyelaraskan usaha Divisyen Teck Ghee untuk memastikan kesejahteraan para penduduk semasa pandemik COVID-19 terjaga. Beliau memimpin beberapa inisiatif untuk menyediakan pensanitasi tangan di lif-lif HDB dan mengagihkan makanan kepada warga emas yang tinggal di blok-blok sewa. Beliau juga bekerja rapat dengan para pemegang taruh untuk meningkatkan kesedaran para penduduk tentang vaksinasi dan menyediakan maklumat terkini mengenai situasi COVID-19.


TOP